Facebook Fan

Wednesday, 13 February 2013

Ruqyah Jibril: Doa Pendinding Diri



Bermaksud : Aku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan Kalimat-Kalimat Allah yang Sempurna yang tidak ada “melampauinya” segala kebaikan mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi  dan apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan dari kejahatan fitnah di malam dan siang  hari dan dari kejahatan jalan-jalan  dimalam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai yang Maha Penyayang.

Ruqyah Jibril ini juga dikenali sebagai Kalimah Tammah diperolehi ketika Baginda Rasulullah s.a.w ber Mi'raj ke langit ketika ditemani Malaikat Jibril.

Doa ini diajarkan oleh Malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah s.a.w apabila Rasulullah s.a.w dihadang oleh jin ifrit yang membawa obor api untuk membakar Nabi Muhammad s.a.w. Lalu Rasulullah membaca doa tersebut sehingga ifrit terbakar oleh api yang dibawanya.

1 comment: