Facebook Fan

Friday, 24 October 2014

7 aktiviti berisiko selepas makan.


Aktiviti yang disenaraikan ini adalah perkara biasa yang dilakukan oleh anda, tetapi anda tidak menyedari cara anda mendorong kepada risiko memudaratkan kesihatan anda.

Merokok;  Kajian pakar membuktikan bahawa merokok sebatang rokok selepas makan bersamaan dengan merokok 10 batang rokok (kemungkinan kanser adalah lebih tinggi). 

Makan buah-buahan serta-merta;  Makan nasi dengan makan buah-buahan akan menyebabkan buah-buahan terperangkap dalam perut bersama-sama dengan kandungan makanan dan tidak boleh sampai ke usus mengikut tempohnya. Kalau diikutkan disiplin yang ketat, sekurang-kurangnya satu jam selepas atau sebelum makan nasi dan sebaik-baiknya pada waktu pagi ketika perut kosong.  Waktu pagi merupakan waktu terbaik untuk tubuh badan menggunakan nutrien dalam buah-buahan dan mendapatkan cukup tenaga untuk memulakan kerja. 

Minum teh;  Daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang kita makan akan menjadi keras sehingga sukar untuk dicernakan. Lebih baik minum teh satu jam selepas makan. 


Melonggarkan tali pinggang anda; Biasanya kita mempunyai sikap melonggarkan tali pinggang ketika makan. Bukanlah satu perkara yang membahayakan kalau melonggar tali pinggang. Walau bagaimanapun, melonggarkan tali pinggang memberi signifikan bahawa anda mempunyai ruang untuk terus makan berlebihan hingga ke tahap yang anda tidak selesa. Oleh itu, makanlah hanya pada tahap di mana anda boleh berasa selesa tanpa melonggarkan tali pinggang anda! 

Mandi; Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan yang menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan terus berkurang. Hal ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut kita. 

Berjalan-jalan; Sebenarnya ini idea yang buruk untuk berjalan-jalan (mungkin pergi membeli belah) selepas makan. Ia boleh menyebabkan refluks asid dan perut menjadi senak. Walau bagaimanapun, berjalan kira-kira setengah jam selepas makan adalah yang terbaik untuk membakar tenaga. Sebaik-baiknya duduk sebentar 10 minit selepas makan, sebelum masuk ke tempat kerja/kereta. Kalau hendak berjalan-jalan untuk membeli belah, sebaik-baiknya berehat 20-30 minit selepas makan.

Terus baring atau tidur; Pengambilan makanan kita tidak akan dapat dicerna dengan baik. Oleh itu aktiviti sedemikian akan membawa kepada gastrik dan jangkitan di dalam usus kita.

No comments:

Post a Comment