Facebook Fan

Sunday, 26 October 2014

Khasiat Pisang Berbintik Hitam

Menurut satu kajian oleh penyelidik Jepun, pisang yang masak sepenuhnya menghasilkan sifat antioksidan dan anti kanser yang lebih baik. Pisang masak dengan tompok/bintik gelap pada kulitnya menghasilkan bahan yang dipanggil TNF (Tumor Necrosis Factor) yang mempunyai keupayaan untuk memerangi sel-sel yang tidak normal. Pisang yang seperti itu adalah lapan kali lebih berkesan dalam meningkatkan sistem imun badan daripada versi kulit pisang hijau. 
Ramai beranggapan kulit pisang berwarna kuning yang licin dan bersih merupakan gred terbaik yang sepatutnya dibeli. Bagaimanapun adalah lebih baik makan pisang masak sepenuhnya dengan rupa yang buruk (bintik-bintik hitam). Tetapi jika anda mempunyai diabetes tahap 2 atau anda mahu mengawal tahap gula dalam darah anda, anda boleh makan pisang masak dengan mentega kacang kerana lemak akan memperlahankan penyerapan gula ke dalam aliran darah anda. 

No comments:

Post a Comment