Facebook Fan

Tuesday, 28 October 2014

Menghilangkan Gas atau Kembung Perut


Pengumpulan gas dan perut kembung merupakan peradangan pada selaput perut. Biasa orang akan mengalaminya dengan tanda-tanda seperti berikut;
  • Rasa kenyang atau hilang selera makan 
  • Mual, muntah, sakit kepala dan pening 
  • Sakit dan tidak selesa di bahagian abdominal 
  • Lidah, nafas busuk peningkatan aliran air liur 
  • Buang air kecil hanya sedikit 
  • Rasa tidak enak di mulut 
  • Pedih hulu hati
Punca diantaranya ialah:
  • Makan berlebihan terutamanya yang mengandungi karbohidrat.
  • Diet pemakanan yang tidak berkualiti
  • Makanan tidak dimasak dengan sempurna
  • Minum teh atau beralkohol terlalu banyak 
  • Kurang air dalam tubuh. Sekurang-kurangnya minum 6-8 gelas sehari.
  • Pengambilan berlebihan bahan perasa dan sos.
  • Gangguan emosi seperti rasa bimbang, kesedihan dan tertekan. Ketika dalam tekanan dan gangguan emosi, otak menghalang fungsi yang betul kepada sistem penghadaman.
  • Pengambilan ubat tertentu.
Tips penting bagi mereka yang mudah terkena kembung perut, elakkan aktiviti-aktiviti yang mendorong kepada kembung perut, diantaranya;
  1. Mengunyah chewing gum
  2. Minuman beralkohol, berkarbonat atau kerap pengambilan kopi/teh. Minuman ini boleh menyebabkan dehidrasi tubuh.
  3. Minum menggunakan straw yang mungkin banyak menyedut udara.
  4. Makanan yang mengandung karbohidrat raffinose dan sulfur seperti sayuran-sayuran tertentu.
  5. Makan cepat tanpa mengunyah sempurna. Ianya sukar dihadamkan dalam tubuh dan membentuk pengeluaran gas.
  6. Makan pelbagai jenis makanan dalam setiap makan/pinggan
  7. Aktiviti yang memberi tekanan mental dan fizikal
  8. Tidur sebaik sahaja selepas makan
 Selain urutan, 10 Cara mudah untuk menyingkirkan gas dalam bahagian perut ialah;
  1. Air Kelapa memberi ruang untuk perut berehat. Minum minyak kelapa dara juga dapat membantu menghilangkan gas perut.
  2. Kentang: Dibuat jus minuman setengah cawan  untuk  2 atau 3 kali sehari. Minum  setengah jam awal sebelum makan untuk memberikan hasil yang lebih baik. 
  3. Mulakan di pagi hari dengan pemakanan berserat tinggi. 
  4. Halia: untuk mengelak pengumpulan gas. Kalau mampu, mengunyah sepotong halia selepas makan atau memadai dengan memasukkan halia segar dalam masak makanan.
  5. Cuka cider epal: Tambah dua sudu cuka tersebut dalam air suam dan biarkan ia menjadi suhu bilik sebelum minum. 
  6. Daun kunyit: Cincang daun kunyit dan diminum dengan  1 cawan susu setiap hari.
  7. Baking soda & jus lemon: Masukkan jus lemon segar ke dalam secawan air dan menambah baking soda ke dalam dan kacau. Minum perlahan-lahan dan relaks. Elok diminum disebelah pagi ketika perut kosong.
  8. Marigold: Herba marigold herba juga dianggap bermanfaat dalam rawatan kembung perut. Minum satu sudu dua kali sehari. 
  9. Bawang putih: Bawang putih boleh dikisar dan rebus dalam air dan boleh ditambahkan dengan sedikit lada hitam dan jintan putih. Kemudian biarkan dalam keadaan suhu bilik. Minum 2 atau 3 kali setiap hari.
  10. Makanan prebiotik dan probiotik untuk menjaga kesihatan pencernaan.

No comments:

Post a Comment