Facebook Fan

Wednesday, 15 October 2014

Rawatan Ruqyah Stroke/Angin Ahmar

Sebelum memulakan doa untuk rawatan stroke, eloklah dibacakan kepada bahan-bahan yang diperlukan seperti air zam-zam ataupun air mata air (air mineral terus dari bumi). Boleh juga ditambah dengan apa saja makanan kesihatan dan harian (gula, garam dsb) sebagai pencegahan, perawatan untuk pesakit, malah juga untuk keluarganya.

Setelah disediakan bahan yang diperlukan, maka hendaklah dibaca mengikut tertib seperti yang terkandung dalam artikel lepas hinggalah disaat bacaan doa khusus. Doa khusus untuk rawatan stroke ialah;

1. Doa Rihul Ahmar


2. Surah Hud ayat 119 


Selepas membacakan doa-doa khusus tersebut, hendaklah disambung dengan bacaan doa seterusnya (seperti dalam artikel Tertib Bacaan Ruqyah).
Selesai sahaja membacakan doa, kemudian tiuplah kepada air dan bahan-bahan lain yang disediakan dengan perlahan. Niatkan supaya menjadi penawar kepada pesakit/keluarga yang menghadapi penyakit stroke/angin ahmar. Berilah minum air tersebut kepada pesakit dengan memulakan bacaan Bismillah dan niat,  
Lebih baik  juga sekiranya disusuli dengan menunaikan solat hajat agar pesakit sembuh supaya dapat melaksanakan ibadat dengan sempurna. 

No comments:

Post a Comment