Facebook Fan

Friday, 10 October 2014

Sakit siku: Sindrom Cubital Tunnel

Sindrom Cubital Tunnel adalah kesakitan pada saraf ulnar yang melintasi bahagian sisi tangan ke bahagian dalam siku. Saraf Ulnar juga diikenali sebagai “funny bone” walaupun pada hakikatnya bukan sejenis tulang. Jika berlaku ketukan atau hentakan saraf di cubital tunnel akan menghasilkan kejutan elektrik ke jari kelingking.

Kawasan yang berasa sakit dengan tempoh yang lama (apabila berlaku kecedaraan dan hentakan), ia boleh membawa kepada Sindrom Cubital Tunnel. 


Saraf ulnar sebenarnya bermula dari tepi leher, di mana “akarnya” di antara vertebra tulang belakang atau dipanggil Neural Foramen. Saraf Ulnar melalui satu laluan yang dipanggil terowong cubital yang terletak  di belakang tepi siku. Terowong ini dibentuk oleh otot, ligamen dan tulang. Ia berhubung hingga ke jari kelinking dan jari manis. Ia juga berfungsi yang menggerakkan otot yang menarik ibu jari ke dalam tapak tangan. 
Penyebab kesakitan terjadi apabila saraf beralih atau terhentak dengan tulang medial epicondyle. Tekanan secara langsung yang berterusan ke atas siku dari masa ke masa juga boleh membawa kepada masalah ini.

Tanda awal orang yang mengalami masalah ini ialah akan berasa kebas di jari kelinking dan jari manis. Kebas sering dirasai apabila siku membengkok dengan tempoh yang lama seperti bercakap di telefon atau semasa tidur. Tangan dan ibu jari juga boleh menjadi tidak selesa kerana otot tangan terjejas.  

Apabila pesakit berjumpa doktor, doktor perlu mengetahui sejarah perubatan, kegiatan harian dan memastikan kemungkinan punca yang boleh mendatangkan kecederaan di siku pesakit. Doktor yang rajin akan melakukan pemeriksaan fizikal dengan  mencari tempat yang tepat yang menyebabkan kesakitan. Mungkin menyakitkan tetapi ia adalah sangat penting untuk menentukan kawasan yang menyebabkan masalah. Mungkin doktor akan memberikan ubat tahan sakit dan anti radang. Tetapi rawatan yang paling ideal ialah berhenti melakukan apa sahaja yang dirasakan menjadi punca rasa sakit. Hadkan masa untuk melakukan tugas-tugas yang memerlukan banyak pembengkokan siku (alat sokongan pad siku boleh digunakan). Pesakit perlu mengubah suai aktiviti kerja harian jika melambatkan proses pemulihan. 

Jika memerlukan pembedahan, tujuannya adalah untuk melepaskan tekanan ke atas saraf ulnar yangt melalui terowong cubital. Salah satu kaedah dipanggil ulnar transposisi saraf. Dalam prosedur ini, pakar bedah membentuk terowong yang baru dari otot flexor daripada lengan. Saraf ulnar kemudiannya berpindah (ditukar) daripada terowong cubital dan diletakkan di dalam terowong baru. 

Kaedah pembedahan lain pula ialah membuang medial epicondyle (bonjolan tulang pada sisi siku) yang merupakan langkah radikal. Tujuannya adalah untuk tidak memberi tekanan kepada saraf ulnar yang melalui Cubital Tunnel tersebut. Namun selepas itu, pesakit perlu melalui latihan pengukuhan siku dan hadkan pergerakan siku.

Kalau menjalani rawatan urutan, ahli terapi boleh menggunakan material haba untuk meredakan kesakitan. Beberapa senaman fizikal perlu dipraktiskan untuk melonggarkan dan menguatkan otot lengan. Untuk tujuan pemulihan, terdapat 3 bahagian otot yang meransang saraf ulnar perlu diberikan tumpuan iaitu Flexor carpi ulnaris, Flexor digitorum, Opponens digiti minimi. Beberapa point (X) boleh dilakukan urutan iaitu seperti yang ditunjukkan dibawah;


Flexor carpi ulnaris

Flexor digitorum

Opponens digiti minimi


No comments:

Post a Comment