Facebook Fan

Thursday, 23 October 2014

Stroke Mata

Kebanyakan orang sudah biasa mendengar serangan "stroke" istilah yang merujuk kepada penyumbatan saluran darah di dalam otak yang menyebabkan lumpuh separuh badan, pertuturan tidak jelas dan juga kematian dalam kes-kes yang paling teruk. Namun, tidak ramai yang sedar bahawa mata (sahaja) itu sendiri juga boleh diserang "stroke".

Mata umpama seperti kamera dimana kornea membenarkan cahaya masuk ke dalam mata dan iris mengawal kemasukan cahaya. Kemudiannya kanta mata (lens) bertindak membias dan menfokus cahaya pada retina. Retina adalah bertanggungjawab untuk menukarkan tenaga cahaya kepada impuls elektrik yang dihantar ke otak dan ditafsirkan sebagai imej. Begitula cara kita melihat secara ringkas.


Seperti mana-mana tisu lain dalam badan, retina bergantung kepada nutrien dan oksigen yang dibekalkan dan dikumbah melalui saluran darah arteri dan vena. Apabila berlaku penyumbatan dalam saluran darah, kesannya adalah "stroke mata". Penyakit ini juga dikenali sebagai strok saraf optik.  Pengumpulan kotoran dalam darah di luar mata kurang memberi gangguan signifikan kerana mempunyai saluran darah yang lebih besar. Namun apabila sampai ke retina dimana mempunyai saluran darah yang lebih halus, berlakulah penyumbatan disitu. Seterusnya menyebabkan pembengkakan dan pendarahan retina.


Gejala Stroke Mata
Titik Gelap dalam Penglihatan 
Mereka yang mengalami gejala ini akan berlaku gangguan (gelap) di sebahagian pandangan dan juga kehilangan penglihatan secara total pada sebelah mata. Ini bergantung kepada kedudukan dan jumlah saraf optik yang terkena strok mata. Namun tidak ada rasa sakit sama sekali. Penyumbatan saluran darah juga menyebabkan gangguan fokus penglihatan.



Faktor-faktor risiko yang mendorong kepada stroke mata adalah sama dengan stroke biasa terutamanya kepada warga emas. Kira-kira 10% pesakit berada di bawah umur 45. Kelompok lelaki dan perempuan sama-sama berisiko. Pesakit mata glaukoma juga perlu berhati-hati kerana mempunyai risiko serangan strok mata.

Penurunan dalam tekanan darah juga boleh menyebabkan bekalan darah beroksigen tidak mencukupi untuk melalui pembuluh yang membekalkan kepada saraf optik. Apabila tekanan darah seseorang itu turun (luar kebiasaan) sewaktu tidur di malam hari, mereka mungkin mendapat risiko yang lebih besar kerana gejala ini menggalakkan "penyebab" stroke mata. Lebih dari 75% daripada orang-orang stroke mata telah kehilangan penglihatan ketika mereka bangun.

Jika anda mempunyai apa-apa kehilangan atau gangguan penglihatan secara tiba-tiba, anda perlu melawat pakar mata dengan segera. Mungkin doktor akan mengenalpasti faktor-faktor risiko untuk strok mata dengan kawalan lebih awal seperti tekanan darah, kolesterol, kencing manis atau penyakit jantung.

Rawatan

Asasnya rawatan awal akan menyelamatkan mangsa. Kebiasaannya, doktor akan memberi rawatan untuk menurunkan tekanan mata dengan ubat atau kadang-kadang dengan melepaskan cecair dalam mata. Misalnya suntikan ubat anti-VEGF, boleh diberikan terus ke dalam mata. VEGF merupakan faktor pertumbuhan yang menyebabkan pendarahan dan pembengkakan retina. Selain itu rawatan laser juga boleh dilakukan berdasarkan kondisi pendarahan atau pembengkakan.

Urutan point-point mata juga boleh dilakukan. Bagaimanapun ianya mengambil masa dan terhad tetapi sedikit sebanyak boleh membantu untuk mengeluarkan darah beku/kotor. 

Apa saja rawatan perlulah mendapat nasihat doktor terlebih dahulu. Apa yang saya maklumkan disini adalah sekadar untuk pengetahuan sahaja, bukannya dipraktiskan tanpa rujukan doktor.

No comments:

Post a Comment