Facebook Fan

Saturday, 25 October 2014

Timun penawar sakit Gout

Timun biasanya orang kaitkan dengan meng”angin”kan badan. Adakah anda sedar bahawa jus timun membantu menurunkan suhu badan, sangat alkali dan berkesan bagi menghapuskan asid urik berkristal pada sendi seperti gout.


Mungkin ada terasa sedikit sakit apabila minum jus timun tetapi itu tanda penyembuhan sebagai proses pembersihan toksik yang berkumpul lama. Daun Saderi dan halia akan membantu mengurangkan keradangan semasa pembersihan itu. Oleh itu ketiga-tiga ini merupakan kombinasi yang sempurna menghilangkan asid urik!

Bahan-bahan yang perlu disediakan (mesti dibersihkan terlebih dahulu) ialah;

 1 biji timun saiz sederhana (potong nipis dengan kapasiti jus yang hendak diminum)
 2 tulang daun saderi (potong kecil-kecil)
 1 potong lemon (guna separuh sahaja, sebahagian lagi boleh masuk peti ais)
 1 inci halia muda (potong halus)
 Tambahkan sedikit air kosong mengikut kapasiti jus yang anda mahu

Kemudian dikisar menjadikan jus. Minum jus sehingga anda melihat keputusan yang anda mahukan (sekali sehari atau dua kali sehari untuk mempercepatkan proses).

No comments:

Post a Comment