Facebook Fan

Wednesday, 12 November 2014

Bagaimana agar tidak diserang Stroke?

Walaupun stroke merupakan penyakit yang menyerang ramai orang, tetapi ada ruang untuk mengelak berlakunya stroke iaitu dengan mengamalkan;
  1. Pemakanan yang sihat; Makanan sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makan daging merah yang mendorong pembuluh darah mengeras. Hindari juga bahan pengawet pada makanan. Makanan segera juga patut dielakkan.
  2. Senaman; untuk mengurangkan tekanan pada tubuh badan dan membakar lemak berlebihan. Sebaik-baiknya dilakukan minima 3 kali seminggu. Setiap senaman perlu mengambil masa lebih kurang 30 minit.
  3. Tidak merokok atau dikawasan persekitaran yang merokok; Asap rokok dapat menyebabkan atherosclerosis (pengerasan dinding pembuluh darah) dan membuatkan darah mengumpul. 
Untuk memantau kesihatan anda, anda juga perlu menjalani pemeriksaan seperti;
  1. Memeriksa tekanan darah sebagai rutin untuk memastikan anda memantau waktu anda perlu berehat atau aktiviti harian.
  2. Memeriksa kolesterol. Sebelum pemeriksaan hendaklah berpuasa (boleh minum air kosong) dari malam hari (bermula dari tidur). Dan sebelah pagi bolehlah menjalani pemeriksaan untuk memperolehi bacaan yang terbaik.
  3. Pemeriksaan kadar gula; Sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Seandainya tinggi kadarnya, pemeriksaan hendaklah dilakukan secara kerap.
  4. Memantau berat badan
Selain daripada itu, beberapa amalan ibadah kita boleh mengelak berlakunya stroke. Selain beberapa maklumat diatas, disertakan juga dengan amalan-amalan dibawah;
  1. Solat dan Zikir untuk memberi ketenangan minda dan tubuh badan
  2. Beristigfar dan berwudhu ketika dalam keadaan marah untuk meredakan tekanan darah dalam pembuluh darah terutamanya dibahagian kepala. 
  3. Mengambil makanan sunnah seperti kurma, delima, habatus sawda dan sebagainya.
  4. Mengamalkan bekam; terutamanya pada titik ummu mughits dan kahil.

No comments:

Post a Comment