Facebook Fan

Tuesday, 18 November 2014

Bilakah Waktunya Urutan Pesakit Stroke? Berapa Sesi?

Photo Source: Internet

Ketika masih dalam Golden Hour/Golden Period, pesakit dinasihatkan mendapatkan rawatan di hospital secukupnya. Selepas itu barulah memikirkan rawatan alternatif lain. Pesakit stroke biasanya diberi pilihan untuk mempelbagaikan teknik pemulihan. Ini termasuk mendapatkan perkhidmatan fisioterapi, amalan ruqyah, makanan kesihatan, herba, bekam, akupuntur dan juga urutan. Kombinasi kesemua ini secara logik akal akan mempercepatkan tahap pemulihan. Bergantung kepada penerimaan pesakit dan keluarga masing-masing.

Berbalik kepada persoalan tadi, bilakah waktu yang sesuai untuk pesakit mendapatkan khidmat urutan?
  1. Pesakit perlu stabil dari segi kesihatan termasuk tekanan darah dan degupan jantung. Kondisi pesakit dalam keadaan teramat letih/lemah atau tidak sedar diri dilarang diurut.
  2. Keadaan kulit pesakit dalam keadaan baik. Tidak sesuai mengurut di bahagian yang luka, ruam, penyakit kulit atau jangkitan virus yang boleh merebak masalah jangkitan sedia ada.
  3. Urutan tidak digalakkan kepada mereka yang baru sahaja menjalani pembedahan dan sebarang rawatan beradiasi tanpa merujuk kepada doktor.
  4. Sekiranya selepas pembedahan, pesakit menjadi uzur atau masih tidak pulih, akan menyebabkan pesakit hanya boleh mendapatkan urutan terhad kepada anggota badan tertentu sahaja untuk mengelak daripada risiko kesan pembedahan.
  5. Jika pesakit tidak ada masalah untuk diurut, pesakit hendaklah diurut secepat mungkin iaitu sebelum melepasi 3 bulan dari tarikh kejadian (stroke). Lebih cepat akan lebih besar harapan untuk pulih. Jika sudah melangkaui 3 bulan untuk memulakan urutan, pesakit harus bersabar kerana tempoh pemulihan akan mengambil masa yang lebih panjang.
Sebelum memulakan urutan, terapis perlu memastikan pesakit stroke dalam keadaan rehat secukupnya, tidak penat dan tidak tertekan. Jika elemen negatif ini ada pada mereka, sebaik-baiknya terapis dengan kebijaksanaannya perlu membuang elemen yang mungkin menganggu minda, dalaman dan fizikalnya. Pesakit dalam keadaan kondisi positif akan memberi impak positif juga dalam sesi rawatan urutan.

Jika pesakit dalam keadaan tidak wajar diurut, terapis biasanya akan menyapu minyak, membacakan ruqyah dan melakukan sedikit tekanan kepada titik titik badan tertentu sahaja. 

Pertanyaan seterusnya, berapa kerap diurut? dan berapa kali sesi urutan? Ini persoalan yang biasa ditanyakan kepada terapis. Jika mahu yang terbaik hendaklah diurut berhari-hari bagi mengelak masalah saraf kembali mengeras atau mengecut. Biasanya sekali urutan mengambil masa 45minit - 90minit setiap hari secara berterusan. Mungkin faktor kewangan menjadi halangan. Oleh itu ahli keluarga lain harus membantu melakukan pemicitan susulan sehingga terapis kembali semula.

Setiap pesakit berbeza kondisi tahap stroke. Oleh itu tidak ada istilah berapa sesi. Dapatkan urutan secara berterusan sehingga sembuh. Pencapaian atau peningkatan tahap kondisi atau pergerakan anggota badan yang lemah boleh dilihat dari sesi ke sesi terapi/rawatan. Walaupun adakalanya pesakit memperolehi keajaiban untuk sembuh dari stroke dalam tempoh singkat, namun yang penting usah mengharapkan keajaiban itu semata-mata.

Pesakit stroke yang mengalami masalah pertuturan, biasanya bahagian tubuh badan sebelah bawah (pinggang ke kaki) akan cepat pulih kemudian disusuli dengan sebelah atas (pinggang ke muka). Kemudian baru diikuti dengan pertuturan yang mana ini peringkat sukar untuk dirawat oleh mana-mana terapi tradisional atau perubatan moden.

2 comments:

  1. MASALAH STROKE GOUT DAN LAIN2 BERKAITAN SARAF.

    assalamualaikum sy md nor umur 28thn dan telah mewarisi ilmu urutan bagi masalah stroke,gout, dan masalah2 saraf lain SY BUKAN TUKANG URUT CARI MAKAN MISKIN/KAYA SEMUA LAYAK MENDAPATKAN RAWATAN TIADA HARGA KHUSUS YG DITETAPKAN SY TAMPIL KERANA ALLAH SUPAYA DIKENALI JIKALAU SY BERDIAM DIRI MAKA ILMU SAYA SIA2 TANPA MEMBANTU bagi sesiapa yg xsedap badan urat tegang, sakit accident dan sebagainya in shaa Allah, sy sedia membantu berikhtiar Allah jua yang menyembuhkan sekiranya itu yg Allah kehendaki dengan keizinanNya... blh contact sy

    whatsapp 01111969905
    call/sms 0169866401

    lokasi utama kelantan. lokasi kedua, berdekatan pasar borong selangor(hanya ketika musim melawat mak saudara)

    info sampingan: sy juga menjual software komputer bagi sesiapa yg memerlukan apa2 perisian baik utk kegunaan pribadi atau kegunaan industri apa2 software shj in shaa Allah sy blh dptkan...

    -md nor(si tukang urut saraf/ professional Hairstylist-Hairdresser/Tech-Guy IT Specialist)

    ReplyDelete
  2. MASALAH STROKE GOUT DAN LAIN2 BERKAITAN SARAF.