Facebook Fan

Monday, 17 November 2014

Gangguan Saraf Pesakit Diabetes

Apabila pesakit diabetes mendapat tanda-tanda seperti selalu dahaga, kerap kencing, kencing malam, selalu letih, penurunan berat badan yang mendadak dan kebas-kebas pada jari kaki atau tangan, ini adalah disebabkan oleh paras glukosa di dalam darah sudah meningkat secara berlebihan yang menganggu sistem saraf. Terdapat beberapa jenis kerosakan saraf yang dialami pada pesakit diabetes iaitu;
  • Peripheral Neuropathy
  • Autonomic Neuropathy
  • Diabetic Amyotrophy
  • Focal Neuropathy 
Peripheral Neuropathy
Peripheral Neuropathy iaitu kerosakan saraf yang menganggu deria rasa dan pergerakan otot di bahagian tangan dan kaki terutamanya dibahagian jari. Tanda-tanda kerosakan saraf Peripheral Neuropathy ialah pesakit akan berasa;
  1. Kebas atau sesemut di bahagian jari kaki atau tangan. Bekalan darah tersekat ke kaki dan tangan akibat oleh keadaan ‘artheroskeloris’ berlaku.
  2. Rasa seperti dicucuk dengan jarum
  3. Lemah otot lengan dan kaki
  4. Seringkali tidak dapat mengimbangi badan apabila bangun dari kedudukan berdiri
  5. Rasa sensitif (nyilu) apabila kulit kaki menyentuh permukaan yang lembut  seperti  cadar katil.
  6. Luka pada kaki dan tangan yang lambat sembuh.

Autonomic Neuropathy
Autonomic Neuropathy iaitu kerosakan saraf yang tidak dapat mengawal organ dalaman seperti degupan jantung, tekanan darah, ransangan seksual dan berpeluh. Tanda-tanda kerosakan saraf Autonomic Neuropathy ialah pesakit mengalami;
  1. Sukar mengeraskan zakar atau mati pucuk
  2. Sukar mengawal (menahan) kencing
  3. Masalah penghadaman pada perut dan usus yang menyebabkan mual, muntah dan kembung.
  4. Pening (hendak pitam) ketika bangun dari duduk kerana degupan jantung tidak mengesan perubahan posisi.
  5. Pandangan kabur dari kedudukan suasana gelap ke cerah dan begitu juga sebaliknya kerana saraf tidak mengesan perubahan tersebut untuk mengawal  mata . 
Diabetic Amyotrophy & Focal Neuropathy 
Terdapat juga pesakit diabetes yang mengalami gangguan diabetic amyotrophy iaitu kerosakan saraf yang mengawal otot-otot besar. Ini menyebabkan mereka sukar untuk membuat perubahan pergerakan posisi seperti berdiri dari kedudukan mencangkung.

Selain itu jika berlaku pada kerosakan pada saraf tertentu sahaja dinamakan Focal Neuropathy 

Pencegahan
Sebenarnya ramai pesakit diabetes tidak mengetahui mereka mengalami kerosakan saraf sehingga diberitahu oleh doktor. Malah tidak menyedari luka di celah-celah kaki sehingga boleh membusuk. Cara terbaik untuk mencegah atau menghalang kerosakan ini lebih teruk, pesakit hendaklah mengawal kandungan gula dalam tubuh.

Pemeriksaan darah HbA1c (Glycated hemoglobin) perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali setahun. Ia akan memberitahu secara purata tahap kawalan gula 2-3 bulan sebelum itu. Namun mereka yang disahkan menghidap diabetes, disarankan membuat pemeriksaan lebih kerap lagi.

Terutamanya pesakit diabetes yang mengalami masalah kegemukan wajib melakukan pemeriksaan doktor secara kerap kerana kombinasi masalah kegemukan dan diabetes boleh berupaya menyebabkan serangan jantung dan stroke.

Selain itu hindarilah tabiat merokok kerana gabungan nikotin dan gula dalam tubuh badan akan menyebabkan kerosakan saraf berganda. Minuman beralkohol juga menyumbang terus kepada kerosakan saraf.

No comments:

Post a Comment