Facebook Fan

Sunday, 23 November 2014

Kaedah Menelan untuk Pesakit Stroke (Disfagia)

Disfagia ialah kesukaran untuk menelan makanan dan minuman. Ramai pesakit strok mengalami gejala disfagia. Disfagia boleh meyebabkan kekurangan pengambilan makanan yang seterusnya mengakibatkan penurunan berat badan dan malnutrisi. Ia juga turut dikaitkan dengan kekurangan air badan, aspirasi dan pneumonia.

Bagi memastikan pesakit stroke mendapat pemakanan yang mencukupi, terdapat dua cara yang biasa dilakukan, iaitu:

Makanan melalui mulut (Oral Nutrition)


Pemakanan boleh diolah untuk disesuaikan dengan kemampuan pesakit. Ujian Penelanan (Swallowing Test) perlu dilakukan oleh Pegawai Pertuturan (Speech Therapist) untuk menentukan jenis minuman dan makanan yang sesuai diambil melalui mulut. Misalnya pesakit boleh makan kentang putar atau bubur lembut dengan susu, campuran sayuran atau nutrisi pemakanan yang bersesuaian.

Pemakanan melalui tiub (Enteral Nutrition)

Bagi pesakit yang tidak boleh mengambil pemakanan secara oral, bolehlah menggunakan tiub pemakanan (Ryles tube) sehingga keupayaan untuk menelan pulih.

Pihak hospital akan menetapkan laluan dan kaedah pemakanan melalui tiub. Manakala ahli keluarga hendaklah memilih produk pemakanan yang sesuai dengan panduan Pegawai Dietetik untuk digunakan semasa di rumah. Ini mengelakkan berlaku penyumbatan dalam tiub makanan dan pengambilan diet yang salah. 

Produk polimerik adalah paling sesuai kerana mengandungi karbohidrat, protein dan lemak yang perlu dihadam. Formula enteral polimerik boleh didapati dan dibeli di mana-mana farmasi. Biasanya, 1200 - 1800 ml produk enteral yang dibancuh mengikut sukatan boleh memenuhi keperluan tenaga kebanyakan pesakit. 

No comments:

Post a Comment