Facebook Fan

Saturday, 22 November 2014

Pemakanan Diet untuk Pesakit Stroke

Pemilihan pemakanan penting dalam kehidupan seharian. Bukan saja untuk orang terlantar sakit, malah penting juga untuk mereka yang sihat. Berikut adalah kandungan pemakanan yang sesuai untuk pesakit stroke;
  1. Alpha Lipoid Acid (ALA) - mudah memasuki bahagian jaringan saraf otak untuk melindungi kerosakan sel dan membuang toksik
  2. Kalsium 
  3. Folic Acid, Vitamin B6, Vitamin B12, Betaine 
  4. Magnesium
  5. Omega-3 fatty acids
  6. Coenzyme Q10
Pesakit stroke sememangnya tidak mampu mengurus sendiri diet pemakanannya. Mereka harus dibantu oleh ahli keluarga untuk memastikan mereka mendapat penjagaan kesihatan yang sempurna. Diantara pemakanan yang sepatutnya dielakkan ialah bahan makanan yang mengandungi lemak dan garam yang tinggi. Begitu juga dengan makanan/minuman ringan, mengandungi gas atau makanan segera dan sejukbeku juga perlu dihindari. Pesakit juga perlu mengawal berat badan supaya proses rawatan lebih mudah terutamanya mereka yang mendapatkan khidmat urutan, selain itu dapat memudahkan latihan pergerakan yang selesa.

Pesakit stroke hendaklah digalakkan mengambil makanan seperti bawang putih, ginko biloba, habatus sawda, madu, minyak ikan, gamat, kurma atau sebagainya. Bagaimanapun sebaik-baiknya pengambilan makanan kesihatan hendaklah mendapat nasihat doktor atau pegawai dietetik terlebih dahulu. Ini mengelakkan keadaan kondisi pesakit merosot apabila pesakit pulang ke rumah, dimana penjagaan pemakanan yang tidak optimum mengikut keperluan individu.

No comments:

Post a Comment