Facebook Fan

Saturday, 22 November 2014

Rehabilitasi Stroke

Rehabilitasi merupakan latihan terapi yang penting untuk mengembalikan fungsi tubuh seperti asal atau sekurang-kurangnya dapat berfungsi paling maksimum yang boleh. Pemulihan rehabilitasi dilakukan sebaik sahaja pesakit dalam keadaan stabil. Pihak hospital ada menawarkan perkhidmatan tersebut dan boleh diteruskan latihannya di rumah.
angielist.com
Secara umumnya, rehab terdapat dua latihan iaitu terapi fizikal dan terapi pekerjaan (occupational therapy). Terapi fizikal bertujuan untuk mengerakkan anggota tubuh badan, manakala terapi pekerjaan berupa latihan kendiri seperti memakai baju, mandi, mengambil barang dan sebagainya. Kunci kejayaan terapi ini ialah memfokuskan penggunaan minda pesakit dan berlatih sekerap mungkin, "Practice makes Perfect".

No comments:

Post a Comment