Facebook Fan

Friday, 7 November 2014

Sakit Bahu: Osteoarthritis atau Bursitis?

Sendi bahu adalah satu-satunya anggota badan dicipta untuk berputar penuh 360 darjah. Bagaimanapun kelebihan ini menjadikan bahu terdedah kepada risiko kecederaan. Apabila bahu mengalami kesakitan, anda tidak pasti sama ada sakit osteoarthritis atau bursitis (radang bursa berlendir). Yang pasti pergerakan bahu anda tidak boleh dipelbagaikan seperti mengangkat tangan atau membawa barang. Simptom kedua-duanya perlu kita ketahui untuk memastikan apa yang perlu kita lakukan (mendapatkan rawatan).
Tanda-tanda Osteoarthritis bahu ialah;
  1. Sakit bahu ketika tidak aktif seperti bangun di pagi hari atau dengan gerakan pertama anda hari itu.
  2. Sakit berbulan-bulan atau tempoh jangka masa yang lama.
  3. Pergerakan terhad. Misalnya sukar memakai baju dengan mengangkat tangan.
  4. Sakit bertambah teruk dengan aktiviti tertentu seperti mengangkat barangan runcit dari kedai (yang biasa terjadi pada Glenohumeral Arthritis)


Manakala tanda-tanda Bursitis bahu ialah;
Bursitis berbentuk radang berisi cecair (bursa berlendir) yang melindungi bahagian luar sendi bahu. Beberapa gejala bursitis yang mirip dengan osteoarthritis, seperti sakit bahu dicetuskan oleh gerakan tertentu. Namun satu gejala khas bahu bursitis adalah lokasi kesakitan. Lokasi ini meliputi bahagian atas dan di luar bahu, sehingga rasa sakit berpusat di sana. Sakit lokasi ini boleh dicetuskan apabila anda meletakkan tekanan ke atasnya, seperti apabila anda berbaring dalam posisi sisi anda.

Osteoarthritis akan membuatkan rasa sakit juga ketika melakukan sesuatu yang tidak aktif seperti terbangun dari tidur. Namun tidak bagi bursitis, yang mula berasa sakit amat sangat jika melakukan gerakan berulang-ulang seperti melukis, mengecat, bermain badminton dan sebagainya.

Jika anda mempunyai apa-apa gejala berterusan sakit bahu, ia adalah penting untuk berkongsi dengan doktor atau terapis supaya anda boleh mendapatkan diagnosis yang betul. Berikan sebanyak butiran tentang gejala-gejala anda, termasuk bila dan berapa lama ia berlaku, apa yang terasa ketika sakit (berdenyut atau rasa menikam), dan apa yang anda lakukan ketika rasa sakit bermula.

Anda ada pilihan rawatan untuk artritis dan bursitis bahu ini sama ada melalui rawatan moden atau alternatif.

No comments:

Post a Comment