Facebook Fan

Thursday, 6 November 2014

Senaman Asas Sakit Belakang L5-S1

Tulang Vertebra L5 dan S1 merupakan bahagian yang kerap digunakan dan dibebani oleh tubuh badan dan pergerakan kita. Oleh itu tidak heranlah dibahagian tersebut kerap sakit dan merebak sakit atau lenguhnya hingga ke kaki. Ketika ditanya apakah rawatan yang terbaik, pesakit perlulah didiagnostik atau MRI (jika mampu) terlebih dahulu untuk menentukan rawatan yang sesuai.

Urutan juga merupakan salah satu pilihan, namun ianya baik untuk rawatan sokongan untuk menguatkan otot dan saraf. Namun rawatan paling asas hendaklah bermula dengan senaman regangan untuk memanipulasi tulang vertebra. Setiap pergerakan dalam senaman hendaklah elakkan merangsang titik kesakitan. Jadi, tidak heranlah jika terapis membuat regangan untuk sebelah posisi/arah sahaja. Pergerakan yang sebabkan merangsang kesakitan hanya boleh dibuat sekali sekala, atas tujuan menilai tahap prestasi manipulasi sahaja. 

Setiap regangan dilakukan hendaklah bertahan beberapa saat (tidak boleh terburu-buru). Elakkan dihenjut atau dilantun secara mengejut. Walaupun sesetengah terapis melakukan henjutan, tetapi mungkin diatas sebab teknik kemahirannya dan tidak boleh dilakukan oleh mereka yang tidak layak. Teknik pernafasan juga penting ketika melakukan pergerakan. Jika pesakit ingin mendapatkan gabungan rawatan bolehlah mendapatkan urutan, yumeiho atau kiropraktik.

Senaman asas yang paling selamat ialah melakukan pergerakan seperti dibawah dalam dua atau tiga kali sehari;

Cat poses

Mulakan dengan gaya kucing dimana tapak tangan dan lutut anda di atas lantai. Bermakna tangan anda berada diposisi di bawah bahu dan lutut dibawah pinggul anda. Belakang badan hendaklah lurus (neutral) dan pandangan anda adalah menghadap lantai.

Kemudian, menarik nafas dengan melengkung perut anda ke arah lantai. Sambil itu pandangan kearah langit. Berhenti sebentar dalam beberapa saat dengan kedudukan posisi sedemikian.

Seterusnya melepaskan nafas dengan mata memandang ke lantai pula. Sambil itu perut anda perlahan-lahan melengkung kearah atas. Tahan posisi ini beberapa saat dan kembali semula dengan meluruskan tulang belakang.


Knees to Chest poses

Senaman ini digunakan untuk tulang belakang lumbar lebih rendah atau sacrum. Mulakan dengan berbaring terlentang dengan meluruskan kaki. Kemudian halakan lutut kanan anda ke arah dada anda dan tekan (menggunakan kedua-dua tangan) dengan sedekat boleh dengan dada anda. Perlahan-lahan melepaskan kaki dan membawanya kembali lurus dibawah.

Kemudiannya diikuti dengan lutut kiri pula dan juga kedua-dua lutut ke dada anda.


Pelvic Tilt poses



Berbaring terlentang di lantai dengan melekuk lutut dan manakala tapak kaki rata di atas lantai. Mulakan dengan menarik nafas sambil mengangkat pinggul keatas. Tahan selama 5-10 saat dan ulangi 10 hingga 20 kali. Kemudian kembali ke posisi asal dengan menghembus nafas perlahan-lahan.


Revolved Staff poses



Duduk di atas lantai dengan kaki lurus di hadapan anda. Letakkan tangan kiri di sisi (luar) kepala lutut sebelah kanan. Dan tangan kanan berada diatas lantai di belakang anda.


Tarik nafas dan kemudiannya hembus nafas perlahan-lahan sambil memutar tubuh (dada) ke kanan. Pandang bahu kanan dan bernafas seperti biasa selama 30 saat. Ulangi di sisi lain pula.


Leg Up The Wall


Bahagian tubuh sebelah atas (kepala-pinggang) baring dilantai dan, bahagian tubuh sebelah bawah (pinggan-kaki) lurus menegak di dinding. Pastikan lantai dilapik dengan lapisan lembut untuk memberi sedikit keselesaan belakang badan.

Kaki hendaklah dalam keadaan  relaks dan tidaklah perlu rapat di antara satu sama lain. Pergelangan kaki hendaklah memusing menghala ke arah luar. Begitu juga dengan tangan, harus lurus di lantai atas kepala dengan pergelangan tangan menghala ke luar.

Namun ramai pesakit yang tidak mampu meluruskan kaki ke dinding. Oleh itu mereka lakukan senaman ini terlebih dahulu sebelum mengulangi gaya "Leg Up The Wall".

No comments:

Post a Comment