Facebook Fan

Tuesday, 4 November 2014

Sistem Saluran Darah: Peredaran Pulmonari dan Peredaran Sistemik

Sistem peredaran darah manusia bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk ke jantung semula. Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan zat – zat makanan dan oksigen kepada sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel badan. 

Sistem darah manusia mempunyai dua jenis peredaran iaitu Peredaran Pulmonari dan Peredaran Sistemik

Peredaran ini membawa darah tidak beroksigen dari jantung melalui arteri pulmonari ke paru-paru dan balik semula dengan membawa darah beroksigen ke jantung melalui vena pulmonari. Bagaimana peredaran oksigen berlaku?

Manusia menyedut oksigen masuk ke paru-paru. Di paru-paru, oksigen akan meresap kedalam kapilari darah. Kapilari darah ini pula akan bergabung sesama sendiri untuk membentuk salur darah yang lebih besar iaitu Vena Pulmonari (melalui venul). 

Dari Vena Pulmonari, darah yang beroksigen ini akan menuju ke Atrium kiri iaitu bilik jantung yang pertama menerima darah beroksigen. Darah yang berada di Atrium kiri akan ditahan oleh Injap Bicuspid sehinggalah Atrium kiri penuh dengan darah. Kemudiannya beralih ke ventrikel kiri jantung untuk darah beroksigen dipamkan ke salur arteri (melalui aorta). 

Darah dari arteri akan menuju ke kapilari darah di sel-sel badan dimana berlakunya tindak balas, dan kemudiannya memasuki vena dengan diisi sisa-sisa sel dan karbon dioksida (tidak lagi mengandungi oksigen).  Darah yang sudah tidak beroksigen ini dipindahkan oleh vena ke atrium kanan jantung, yang mana memindahkan darah tersebut ke ventrikel kanan, dan kemudiannya dipam ke arteri-arteri pulmonari dan akhirnya ke paru-paru semula (untuk mendapatkan oksigen). 

Proses diantara paru-paru dan jantung dinamakan Peredaran Pulmonari. Manakala peredaran darah dari jantung ke sel-sel badan dan sebaliknya, dinamakan Peredaran Sistemik. 

Berdasarkan keterangan diatas, terdapat tiga jenis salur darah yang utama iaitu Arteri, Vena (Veins) dan Kapilari Darah. (akan diterangkan kemudian)

No comments:

Post a Comment