Facebook Fan

Wednesday, 12 November 2014

Tanda Mengenal Serangan Stroke

Apabila seseorang jatuh ke lantai, biasanya ramai akan panik dan tertanya-tanya penyakit apakah yang menyerang mangsa secara tiba-tiba. Untuk mengetahui apakah serangan ini disebabkan stroke, kita haruslah perhatikan kondisi mangsa tersebut iaitu;
  1. Hilang deria, lemah atau lumpuh disalah satu sisi badan sahaja.
  2. Wajah yang herot
  3. Percakapan yang tidak jelas dan tidak difahami.
  4. Keadaan lidah bengkok apabila diminta menjelir.
  5. Tiba-tiba kehilangan daya ingatan
  6. Penglihatan berlapis terhadap sesuatu objek
  7. Pening & Sakit Kepala
  8. Tidak mengenali bahagian tubuh sendiri dan berasa kehilangan sebahagian tubuh.
  9. Kencing tanpa disedari
  10. Tidak mempunyai keseimbangan badan
  11. Koma (kes berat)
Picture: Cristina Pedrazzini/SPL

No comments:

Post a Comment