Facebook Fan

Thursday, 11 December 2014

Masalah Diabetes: Kadar Bacaan Gula

Menurut statistik pada tahun 2004, sekitar 3.9 juta atau 14.9% penduduk Malaysia mengidap kencing manis (diabetes). Manakala dalam kajian pada tahun 2010, jumlah yang menderita diabetes sudah mencecah hampir 5 juta atau 22% dari kalangan rakyat Malaysia. Peratusan tertinggi berdasarkan kaum adalah dikalangan orang Melayu. Faktor utama penyebab diabetes adalah berpunca daripada pemakanan dan kurang bersenam.

Walaupun anda yakin tidak tergolong daripada pesakit diabetes, wajar juga anda membuat pemeriksaan kadar gula. Di bawah adalah panduan kadar bacaan gula secara purata yang sepatutnya bagi orang normal.

Orang yang berpuasa sudah 8 jam:
Normal: < 6.1 mmol/L
Diabetes: 7.0 mmol/L
Jika bacaan terletak diantaranya, anda berisiko penghidap diabetes.

Berbuka puasa dan diuji selepas 2 jam:
Normal: < 7.8 mmol/L
Diabetes: 11.1 mmol/L.
Jika bacaan terletak diantaranya, anda berisiko penghidap diabetes.

Ketika diuji dalam keadaan biasa:
Normal:  4.4 hingga 6.1 mmol/L  dan, dan sekiranya selepas makan, bacaan normal ialah < 7.8 mmol/L atau lebih sedikit. 

No comments:

Post a Comment