Facebook Fan

Thursday, 22 January 2015

Indikator Perlunya Pembedahan Sakit Tulang Belakang

Apabila rawatan alternatif atau konvensional gagal mengawal sakit tulang belakang, ini bermakna himpitan saraf yang disebabkan Slipped Disc sudah teruk dan kritikal. Pesakit mula mengambil kira dengan berfikir panjang untuk menggunakan kaedah rawatan yang berisiko tinggi iaitu "Pembedahan".
Mungkin bukan kerana kegagalan rawatan alternatif atau konvensional, tetapi mungkin kegagalan berpunca daripada pesakit yang tidak dapat mengurangkan berat badan, ubah cara bekerja dan faktor-faktor lain yang menghalang penyembuhan. Faktor-faktor inilah perlu diatasi sebelum mengandaikan kegagalan rawatan berkenaan.
Jika segala-galanya sudah dilakukan, mungkin boleh kita buat kesimpulan kaedah rawatan sedemikian tidak membantu. Dan keputusan mendapatkan pembedahan boleh dipertimbangkan. Biasanya keputusan ini dibuat setelah 6 - 12 bulan menjalani rawatan alternatif atau konvensional gagal memberikan sekurang-kurangnya 50% kelegaan kepada rasa sakit. Pesakit juga perlu mempertimbangkan pembedahan apabila sudah tidak mampu berjalan, gangguan sistem kencing dan usus yang mungkin memerlukan pembedahan dengan segera. Merujuk kepada pakar perubatan adalah satu kemestian, untuk mengelakkan pembedahan tulang belakang dilakukan yang tidak perlu. Ini kerana kajian menunjukkan bahawa 10-40 % daripada pembedahan tulang belakang akan memberikan kesakitan sampingan lain di kemudian hari. 

No comments:

Post a Comment