Facebook Fan

Friday, 16 January 2015

Kenapa Pesakit Stroke Tidak Tumpu Urutan di Bahagian Kepala?

Sebelum itu, kita perlu tahu kenapa pesakit stroke digalakkan mendapatkan urutan. Terdapat 2 manfaat yang utama iaitu untuk mempercepatkan penyembuhan sel otak dan fungsi otak untuk melegakan tekanan. Satu lagi ialah untuk menyembuhkan arthrosis (gangguan sendi) dan fungsi badan untuk mencegah atrophy. Atrophy adalah berkurangnya kemampuan/fungsi organ manusia yang terutama disebabkan oleh berkurangnya penggunaan organ tersebut.

Walaupun punca stroke dibahagian saraf atau cerebral otak, namun pengamal rawatan alternatif ataupun urutan tidak menumpukan dibahagian kepala sahaja. Mereka lebih menumpukan kepada rawatan dalaman (jantung, hati, buah pinggang dsb) serta bahagian yang lumpuh. Malah juga mengurut di bahagian sisi yang sihat.

Secara umum terdapat beberapa sebab, kenapa urutan pada anggota lain diutamakan iaitu;
  1. Penyumbatan saraf dibahagian otak tidak memberi kesan langsung (merosakkan) kepada fungsi organ dalaman, sedangkan organ-organ dalaman juga perlu dipulihkan.
  2. Kekuatan rohani, keyakinan dan semangat yang berkaitan dengan organ hati dan jantung adalah amat penting untuk memotivasikan diri pesakit untuk sembuh.
  3. Bahagian anggota yang sihat dan kuat boleh menjadi anggota sokongan dan meningkatkan keseimbangan untuk melakukan pergerakan pada bahagian yang lemah dan juga keseluruhan badan.
  4. Terdapat titik refleksi di luar kepala yang merujuk kepada titik perawatan yang bertujuan untuk memulihkan kerosakan pada bahagian otak dan organ dalaman. Tidak mungkin melakukan urutan pada saraf yang tidak terjangkau melalui tempurung kepala manusia.

No comments:

Post a Comment