Facebook Fan

Wednesday, 21 January 2015

Pelbagai Kaedah Sudah Dicuba, Kenapa Masih Sakit Tulang Belakang?

Terdapat keluhan daripada pesakit apabila sudah berpuluh-puluh kali mendapatkan rawatan moden dan alternatif dari pelbagai pakar, namun masih gagal sembuh. Hanya pembedahan saja yang belum dicuba. Sebenarnya untuk mempercepatkan penyembuhan, mengawal atau mencegah kepada sakit yang lebih teruk; cara hidup dan bekerja pesakit perlu diubah untuk mengurangkan tekanan kepada tulang belakang. Di antaranya ialah;
  • Elakkan dari berdiri terlalu lama. Jika terpaksa berdiri untuk jangka masa panjang letakkan bangku rendah dekat dengan kaki.  Salah satu kaki boleh diletakkan secara bergilir di atas bangku tersebut bagi merehatkan kaki.  
  • Jangan guna kasut bertumit tinggi. Pakailah kasut dengan pelapik lembut. 
  • Apabila duduk, gunalah kerusi dengan belakang yang lurus dan boleh diubahsuai ketinggiannya.
  • Jika memandu pada jarak jauh, berhentilah setiap satu atau dua jam.  Keluar dari kereta dan berjalan seketika.  Jangan mengangkat barang yang berat sejurus selepas memandu jarak yang jauh. 
  • Berhenti merokok.  Merokok boleh mengurangkan pengaliran darah kepada diska intervertebral pada tulang belakang dan boleh mengakibatkan masalah sakit belakang.
  • Cepat putus asa dengan hanya mendapatkan 1 atau 2 sesi rawatan sahaja terutamanya masalah slip disc. Kerap beralih ke pusat perubatan/rawatan lain yang menyebabkan pemeriksaan dilakukan berulang kali dan teknik penyembuhan terbantut. 
  • Disamping itu perlu mendapatkan diet pemakanan seimbang untuk mengukuhkan struktur tulang dan saraf.
  • Akhir sekali yang amat penting iaitu; kurangkan berat badan jika berlebihan. Ini adalah kerana berat badan yang berlebihan akan memberi tekanan kepada proses penyembuhan pada disc atau tulang belakang. 

No comments:

Post a Comment