Facebook Fan

Friday, 8 January 2016

Rawatan Diabetes Secara Aura

Warna oren merupakan campuran warna merah dan kuning yang mempunyai elemen-elemen penyembuhan secara perlahan-lahan untuk penyakit yang berkaitan dengan pancreas seperti kencing manis. Selain itu membantu merangsang pembentukan tisu, melegakan kekejangan, mengurangkan penyumbatan dan mengaktifkan metabolisme tubuh manusia. Elemen rawatan kencing manis juga berkait rapat dengan warna kuning. Kuning adalah tonik untuk pankreas dan mengaktifkan seluruh saluran penghadaman. Ia menggalakkan pengeluaran jus penghadaman seperti hempedu, asid hidroklorik, dan boleh berkeupayaan merangsang penghadaman dan sistem limfatik.

Bayangkan cahaya membentuk pelangi, anda ambil warna merah dan kuning dari warna pelangi, lalu membentuk warna oren. Kemudian…
Urut lembut (perlahan-lahan) berputar mengikut arah jam dengan aliran aura oren ke dalam tisu bahagian batang hidung (sebelah sisi). Urut selama 2-4 minit.
Selepas itu;
Urut lembut (perlahan-lahan) berputar mengikut arah jam dengan aliran aura oren di “perut telapak” bawah ibu jari. Urut selama 2-4 minit.
Jika berlaku refleksi yang tidak diingini seperti gatal-gatal atau bersin, bolehlah hentikan urutan tersebut.
Selepas memasukkan warna oren, hendaklah pula memasukkan warna kuning di bahagian titik ini (rusuk kanan seperti dibawah) dengan urutan selama 1-3 minit.
Sumber gambar: herbalshop.com
Akhir sekali, masukkan warna hijau (dari pelangi) di titik yang sama untuk tujuan menstabilkan aura tenaga pesakit. Masukkan sebanyak 3 kali memadai.

Lakukan kesemua langkah rawatan ini sebanyak 1-3 kali sehari mengikut tahap serius pesakit.

# Untuk hasil yang optimum, mulakan rawatan dengan awalan ruqyah, menenangkan pesakit agar positif dan perawat membayangkan memasukkan aura cahaya (lutsinar) ke dalam titik itu dan keluarkan asap hitam dari hujung jari kaki (niat dialirkan ke tempat yang baik dan selamat dan jauh dari manusia).  Dan disudahi dengan walhamdulillahirrabilalamin (sila baca versi arab) sebanyak 3x senafas.

#Boleh juga digabungkan dengan pelbagai terapi doa, minda dan sebagainya. InsyaAllah tidak menghampakan.

#Kaedah ini belum tentu sesuai untuk bayi atau wanita hamil.

No comments:

Post a Comment