Facebook Fan

Friday, 9 January 2015

Terma-Terma Stroke

Terdapat kepelbagaian istilah merujuk kepada terma stroke. Mungkin anda tidak pernah mendengarnya. Malah istilah-istilah yang merujuk kepada "stroke" juga banyak. Bagi non medis, biasanya stroke adalah istilah umum. Terdapat sesetengah negara dan masyarakat menggunakan istilah "Hemiplegia" (istilah lumpuh sebelah badan), "Apoplexy" (istilah greek) merujuk terma yang serupa. Begitu juga dengan istilah orang melayu, "angin ahmar" walaupun sesetengah guru mengatakan ada bezanya diantara angin ahmar dan stroke. Bagi saya adalah sama saja. Ianya sekadar di "melayu" atau di "arab" kan.



Hemiplegia sebenarnya merujuk kepada jenis kecacatan iaitu cacat sebelah badan. Ianya berpunca daripada kecederaan pada bahagian otak (stroke). Terdapat jenis kecacatan lain iaitu kecacatan "paraplegia" dan "Triplegia". Bagaimanapun kedua-dua istilah ini tidak digunakan untuk terma stroke.

"Paraplegia" iaitu cacat bahagian bawah tubuh badan disebabkan oleh kecederaan pada tulang belakang bahagian Thoracic. Biasanya T6, T10, T11 hingga boleh melibatkan L1 (bahagian teratas Lumbar)

Manakala "Triplegia/Quadraplegia" yang merujuk kepada kecacatan hampir seluruh badan disebabkan oleh kecederaan pada tulang belakang bahagian Cervical. Biasanya C4 dan C6.

2 comments:

  1. Adakah paraplegia boleh disembuhkan melalui urutan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf di atas kelewatan untuk membalas. Selagi saraf tunjang tidak rosak kekal atau terputus, harapan tetap ada dengan pelbagai teknik rawatan. Urutan tidak mampu melakukan sendiri tanpa sokongan lain seperti penggunaan herba dsb.

      Delete