Facebook Fan

Wednesday, 25 February 2015

Siapakah Yang Berisiko Sakit Belakang

Individu yang berisiko sakit belakang ialah orang yang bekerja mengangkat benda berat, perlu duduk untuk jangka masa panjang (seperti pemandu dan pekerja kaunter), terlalu aktif pada usia muda. Ini menyebabkan berlakunya proses penuaan yang cepat dan melemahkan tulang belakang.  Mereka yang pernah mengalami kecederaan atau kemalangan juga boleh menjejaskan tulang belakang
Source: http://uprehab.com/
Siapakah yang sering duduk dalam tempoh lama? Diantaranya ialah petugas kaunter dan pemandu kenderaan awam/syarikat. Berdiri lama seperti guru juga boleh menyebabkan sakit belakang.

Siapakah yang biasa rutin hariannya mengangkat barangan berat? Diantaraya ialah dikalangan tentera, pekerja stor dan kanak-kanak sekolah. Mereka ini berisiko tinggi mengalami kerosakan tulang belakang kerana terpaksa membawa beban yang berat. Mungkin tidak dirasai diperingkat awal, tetapi sakit akan bertambah mengikut umur/berat badannya. Mereka yang mengalami berat badan berlebihan juga berisiko mengalami sakit belakang.

Wanita hamil juga biasa melalui rasa sakit belakang. Bagaimanapun bersifat sementara. Namun sekiranya berterusan hingga menganggu tidur, eloklah berjumpa doktor segera kerana khuatir mengalami penyakit lain seperti kanser tulang.

Umumnya bahagian tulang belakang yang mengundang kepada kesakitan ialah tulang belakang (vertebra) itu sendiri, struktur disc, otot di sekeliling tulang belakang atau ligamen yang melekat pada tulang belakang. Biasanya rasa sakit belakang hanya berpunca dari otot di sekeliling tulang belakang dan ianya tidak berbahaya.

No comments:

Post a Comment