Facebook Fan

Thursday, 5 March 2015

Waktu Terbaik Untuk Kita Minum.

Kita semua tahu bahawa kita harus minum dari 1.5 liter kepada 2.0 liter air sehari. Tetapi pernahkah anda terfikir bilakah kita sepatutnya minum air untuk mendapatkan manfaat yang maksimum. Masa bilakah kita minum air adalah sangat penting, walaupun ramai yang tidak mempercayainya. Doktor sering nasihatkan kita untuk minum dua gelas air kosong sebelum tidur. Apabila anda berbaring, ketinggian bahagian bawah badan adalah sama dengan paras buah pinggang. Ini membolehkan aktiviti buah pinggang mengeluarkan cecair lebih mudah dan lebih cepat.

Selain kita minum ketika haus, tubuh badan kita akan memperolehi manfaatnya jika kita minum air pada masa tertentu, seperti;
  1. Dua gelas air selepas bangun tidur dapat membantu mengaktifkan organ-organ dalaman.
  2. Satu gelas air setengah jam sebelum makan membantu untuk meningkatkan kerja sistem pencernaan ini.
  3. Satu gelas air sebelum  mandi membantu untuk menurunkan tekanan darah.
  4. Satu segelas air sebelum  tidur mengurangkan risiko strok atau serangan jantung.
  5. Minum secukupnya diwaktu malam akan mencegah mencegah kekejangan pada kaki anda yang berlaku pada waktu malam. 

No comments:

Post a Comment