Facebook Fan

Monday, 13 April 2015

Teknik Urutan Lawan Arah Jam

Dalam hukum fizik iaitu Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule) menerangkan jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikut arah lawan jam, akan terhasil medan elektromagnetik yang mengelilinginya. Maka arus positif terbentuk menghala ke atas.
 
Dalam konteks rawatan urutan, terapis yang melakukan urutan putaran arah lawan jam, secara teorinya gelombang elektromagnetik akan terbentuk di luaran badan pesakit. Seterusnya berlakulah peredaran tenaga positif diantara badan pesakit dan badan terapis. Namun untuk mewujudkan peredaran energi yang sempurna, terapis hendaklah menggunakan kedua-dua tangannya ketika mengurut untuk melengkapkan proses serapan dan proses “discharge”.

Medan elektromagnetik yang terbentuk di luaran badan pesakit ini juga akan menghasilkan lapisan daya elektromagnetik (aura) yang menjadi perisai tubuh badan manusia. Semakin besar lapisan ini, semakin kuat keyakinan dan proses penyembuhan dapat dipercepatkan.

Oleh itu, pesakit yang lemah memperolehi tenaga baru dalam badan. Malah terapis yang berasa kurang sihat akan kembali segar dan sihat apabila mengurut. Jadi tidak hairanlah kalau terapis yang sakit kepala, lemah badan atau sebagainya akan kebah selepas mengurut. Teknik ini juga digunapakai untuk mengurangkan kepenatan terapis dan mengurangkan `badi’ penyakit atau gangguan dari tubuh badan pesakit. Oleh itu tidak digalakkan untuk terapis mengurut dengan putaran arah jam yang akan membentuk arus negatif.

Di dalam tubuh badan manusia juga wujud fenomena yang sama. Terdapat satu bahagian sel yang penting dinamakan sitoplasma (cytoplasm) yang berfungsi menyimpan bahan-bahan terlarut juga mengelilingi nucleus secara lawan arah jam. Begitu juga dengan peredaran darah melalui jantung bergerak mengikut lawan arah jam. Kelebihannya, sudah tentu manusia mampu hidup, sihat, bertenaga dan menjalani aktiviti seperti biasa.
 
Lanjutan yang boleh diambil dari sini ialah urutan putaran lawan arah jam mempunyai kelebihan-kelebihan dari sudut kesihatan termasuk;
  •    Memulihkan saraf-saraf dan otot badan
  •    Meransang system deria
  •    Mengawal ritma jantung
  •    Memperbetulkan system kelenjar
  •    Mengurangkan tekanan luar dalam badan
  •    Meningkatkan dan mengawal aura tubuh
Kesemua perkara di atas mendorong untuk;
  • Memulih, Menyihat dan memperkuatkan jasmani, rohani dan mental
  • Menenangkan dan menajamkan fikiran
  • Memberi keyakinan kepada potensi diri.
Sebagai tambahan. Berdasarkan carian internet, terdapat banyak cerita tentang kelebihan pergerakan lawan arah jam iaitu diantaranya;

Gelanggang olahraga juga direka bentuk dengan melawan arah putaran jam. Terdapat sesetengah pendapat , atlit yang berlari mengikut putaran jam akan berasa keletihan dan kekurangan tenaga yang disifatkan melawan fitrah alam.

Apabila masakan/minuman yang dikacau mengikut lawan putaran jam, dikatakan ia membuatkan lebih sebati dan memberikan tenaga positif  untuk makanan/minuman itu. Sedikit sebanyak mungkin juga boleh membentuk sikap dan pemikiran manusia. Para ibu atau isteri mungkin boleh pertimbangkan menggunakan teknik ini dengan doa untuk ikhtiar keluarga bahagia.

Contoh-contoh lain berkenaan perkaitan fitrah manusia dengan hukum alam ini (lawan arah jam) sebenarnya wujud dari sekecil-kecil atom hingga lah sebesar-besar alam semesta. Diantaranya ialah;
 
  • Bumi berputar pada paksinya dlm kedudukan lawan arah jam dan mengelingi matahari dlm kedudukan lawan arah jam.
  • Bulan mengelilingi bumi juga mengikut lawan arah jam.
  • Malah semua planet-planet dalam sistem suria yg mengelingi matahari juga bergerak lawan arah jam. Ini merujuk kepada sistem alam semesta yang sempurna

No comments:

Post a Comment