Facebook Fan

Tuesday, 23 June 2015

JENIS-JENIS URUTAN POPULAR

Mungkin pada peringkat awal, terapi urutan tidak melibatkan sebarang penjenamaan. Lama kelamaan apabila rawatan urutan semakin popular, penjenamaan urutan mula meluas merujuk kepada jenis urutan yang beridentiti teknik masing-masing.


Terdapat pelbagai lagi jenis terapi urutan klasik dan moden yang masih popular sehingga sekarang iaitu diantaranya;

Acupressure; merupakan salah satu teknik Traditional Chinese Medicine (TCM) iaitu merawat penyakit melalui teknik tekanan pada titik tertentu yang merangsang sistem meridian untuk memberi keseimbangan yin, yang dan qi (chi). 

Jivaka Komarabhacca
Thai Massage; Pada 500SM Jivaka Komarabhacca, juga dikenali sebagai Shivago Komarpaj merupakan pengasas urutan Tradisional Thai (Nuad Boran). Jivaka juga dikenali sebagai Bapa Doktor Thailand telah berjaya mencipta teknik urutan berdasarkan kombinasi teknik ‘acupressure’, refleksologi, dan yoga. Sebenarnya teknik-teknik ini merupakan amalan perubatan tradisi India dan juga China. 

Ayurvedia; Di benua India pula, terdapat kitab-kitab hindu yang menceritakan golongan Brahma menyembuhkan pelbagai penyakit dengan cara mengurut. Charaka Samhita (300SM) dipercayai kitab tertua daripada tiga karya purba perubatan Ayurvedia yang mengandungi teknik rawatan termasuk urutan. 

Tui Na; Segi bahasa, Tui bermaksud “menekan” dan Na bermaksud “mengangkat dan mencengkam”. Seni mengurut ini menggunakan seni mempertahankan diri dalam teknik TCM. Konsep urutan ini lebih jelas berbanding Acupressure kerana melibatkan praktis menggosok, melurut, memicit dan sebagainya membabitkan jaluran meridian dan juga anatomi badan termasuk otot, saraf dan sendi. 

Sugiyama Waichi
Shiatsu; Urutan ini berasal dari Jepun dan dalam bahasa Jepun, Shiatsu bermaksud tekanan jari yang melibatkan penggunaan jari dan tapak tangan dalam proses rawatan dengan disertakan teknik regangan dan manipulasi sendi. Teknik Shiatsu dibina berasaskan teknik urutan Anma yang ketika itu popular di Jepun. Anma merupakan hasil idea Akashi Kan Ichi pada tahun 1320 dan diperluaskan penggunaannya di Jepun oleh pakar akupuntur, Sugiyama Waichi. Bagaimanapun Anma difahamkan menggunakan teknik serupa dengan Tui Na. 

Refleksologi; Merupakan satu cara rawatan melalui titik saraf tertentu yang bersangkutan dengan organ-organ tubuh tertentu. Biasanya daerah refleksi dilakukan dibahagian kaki dan tangan. Apabila mengurut akan timbul aliran-aliran elektrik yang melalui daerah refleksi dan juga pada organ yang bersangkutan. Dipercayai asal-usul rekleksologi adalah dari Mesir Purba. 

Swedish; Pada tahun 1776, Pehr Henrik Ling, seorang ahli terapi fizikal Sweden dan juga jurulatih
Mezger
gimnastik telah mencipta urutan klasik dinamakan sebagai "Urutan Swedish". Beliau juga digelar sebagai "Bapa Urutan". Kemudian pada tahun 1880, Dr. Johan Georg Mezger (Mezger) dari Belanda telah memperincikan teknik urutan Swedish dan berjaya melakukan banyak penyembuhan dengan kaedah mengurut. Hasil jasa beliau, kaedah perubatan dengan mengurut mula terkenal di Eropah dan menjadi salah satu sistem terapi perubatan.  Urutan Swedish kini merupakan jenis urutan yang paling cepat berkembang di dunia.

Daniel David Palmer
Kiropraktik; Sejarah Kiropraktik bermula pada tahun 1895 oleh Daniel David Palmer dari Iowa. Urutan ini disertai dengan pergerakan fizikal dan “bone setting” terutamanya pembetulan tulang belakang untuk mengaktifkan otot semula dan melepaskan saraf terhimpit. 

Masayuki Saionji
Yumeiho; Kaedah Kiropraktik mirip seperti terapi Yumeiho yang berasal dari Jepun. Pengasas terapi Yumeiho iaitu Suichi Ono mempelajari pelbagai teknik rawatan di China sejak sebelum perang dunia ke II.  Kaedah rawatannya lebih memfokuskan titik meridian serta stimulasi tulang pinggul untuk memperbetulkan struktur anggota badan termasuk tulang belakang. Muridnya iaitu Masayuki Saionji mengumpul dan menyusun semula kaedah beliau supaya lebih bersistematik. Dengan persetujuan Suichi Ono, Masayuki Saionji menamakan kaedah rawatan ini sebagai, Yumeiho.

No comments:

Post a Comment