Facebook Fan

Tuesday, 23 June 2015

Sejarah Urutan Bertulis dalam Perubatan

Urutan merupakan salah satu teknik rawatan yang popular sejak kurun lamanya berdasarkan bukti artifak arkeologi tamadun kuno dibeberapa negara seperti China, India, Jepun, Korea, Mesir, Rom, Yunani, dan Mesopotamia.

Bagaimanapun negara paling popular mengamalkan urutan dalam sejarah ialah negara China, iaitu sejak lebih 3500 tahun sebelum masihi (SM). Bagaimanapun dipercayai diperingkat awal, ilmu urutan tidak dipraktikkan sebagai amalan perubatan tertentu. Pada masa itu, teknik urutan dianggap sebagai rahsia dan tidak berkembang memandangkan ilmu rawatan dijadikan aset warisan sewaktu dulu.
Salinan digital manuskrip Huangdi Neijing.

















Manuskrip ilmu urutan yang terawal tertulis dalam catatan sejarah ialah Huangdi Neijing juga dikenali sebagai “Inner Canon of Huangdi” ataupun “The Emperor's Inner Canon”. Kandungan teks ini masih terpelihara sehingga sekarang dan mengandungi himpunan ilmu-ilmu perubatan yang dijadikan asas pada perubatan tradisional Cina (Traditional Chinese Medicine atau TCM). Dipercayai ilmu-ilmu ini diambil dari amalan perubatan pada zaman Maharaja Kuning iaitu 2,200 tahun yang lalu (475-221SM). Di dalam teks tersebut terdapat 30 bab yang mengandungi penerangan pelbagai teknik urutan dengan kaedah penyembuhan penyakit dan kecederaan tertentu.

No comments:

Post a Comment