Facebook Fan

Monday, 20 July 2015

Melegakan Migrain Dengan Irama Melodi

Melegakan Migrain dengan menggunakan irama melodi berfrekuensi delta seperti bunyi-bunyian semulajadi juga boleh melegakan kesakitan sakit kepala atau migrain. Anda boleh mendengar sahaja (tanpa melihat secara visual) salah satu video dibawah ini dan lama-kelamaan rasa denyutan berkurangan dan boleh hilang terus.



Melodi berfrekuensi gelombang delta yang berkisar dari 0.1Hz sampai 3.9Hz akan membantu tubuh melakukan penyembuhan semula jadi badan pesakit termasuk memperbaiki sel-sel yang rosak, anti penuaan dan juga membantu masalah tekanan emosi. Frekuensi ini biasa digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah insomnia (masalah tidur), fibromyalgia, sakit kepala dan migrain. Bagaimanapun ianya tidak akan berfungsi atau berkesan untuk semua orang, tetapi ia telah membantu ramai orang dan melegakan kesakitan.  







Pesakit dikehendaki hanya mendengar alunan melodinya sahaja tanpa perlu menonton video tersebut. Dengarkan melodi ini di tempat yang tenang, bebas daripada gangguan sambil duduk di kerusi atau sambil berbaring. Melodi ini mempunyai bunyian binaural (0.3hz - 0.1hz ) dan tone isochronic (0.6hz - 0.2hz) yang dapat didengari dengan baik sekiranya menggunakan headphone untuk meransang titik kesakitan. Elakkan membaca, bercakap, menggunakan handphone atau menumpukan perkara lain sewaktu mendengar irama melodinya. Ianya juga tidak sesuai didengarkan sewaktu memandu kerana berisiko tertidur.

No comments:

Post a Comment