Facebook Fan

Wednesday, 16 September 2015

Pemakanan Diet untuk Pesakit Migrain

Pemakanan diet yang sesuai boleh mengurang atau mengelak serangan migrain terjadi dengan mengamal pemakanan yang mengandungi seperti;
Sumber Gambar: http://mtg.wpengine.netdna-cdn.com

  1. Asid Lemak Omega-3 yang terdapat dalam ikan tuna, sardin, kod dan salmon kerana mampu mengelak saluran darah tersumbat.
  2. Riboflavin (Vitamin B2) seperti terdapat pada sayur bayam untuk meningkatkan metabolisma tenaga dalam sel-sel otak dan otot. 
  3. Magnesium adalah sejenis mineral yang terdapat pada beras perang, halia dan sayuran bayam untuk mengaktifkan sel-sel tubuh. Tahap magnesium yang rendah boleh membuatkan individu terdedah kepada serangan migrain disebabkan berlakunya kelemahan dalam metabolisme sel.
  4. Kalsium terdapat dalam sayuran sawi, lobak dan bayam.
  5. Vitamin D yang terdapat dalam udang dan susu. Vitamin ini akan bekerja bersama-sama dengan kalsium untuk memastikan tulang menjadi kuat dan pergerakan otot yang normal.
  6. Pengambilan campuran lemon dan garam bukit (himalaya) juga boleh membantu meredakan serangan migrain.

Pemakanan diet ini jika diamalkan secara harian  mungkin mengambil masa sehingga 2-3 bulan untuk melihat hasil positifnya. Selain itu, beberapa herba dapat membantu pesakit migrain ialah Feverfew, Passionflower, Black Cohosh, White willow bark, Butterbur dan banyak lagi. Sekiranya memerlukan minyak sapuan atau urutan aroma, pesakit boleh menggunakan minyak Lavender, Rosemary, Peppermint dan Basil yang sangat menenangkan.

No comments:

Post a Comment