Facebook Fan

Saturday, 17 October 2015

Hentikan Bahu Berbunyi (Crepitus)

Satu perasaan yang benar benar tidak selesa apabila pergerakan bahu disertai dengan bunyi geseran dan pengisaran seperti krekk dan pop. Gejala ini dinamakan crepitus. Crepitus (disebut "krep-it-us") adalah istilah perubatan yang digunakan untuk menggambarkan gejala tersebut dalam badan. Biasanya dialami pada sendi terutamanya di bahu dan lutut.

Crepitus sering dikaitkan dengan masalah osteoartritis atau artritis reumatoid yang menggambarkan tulang rawan dalam sendi yang terjejas telah haus, fungsi kusyen tulang rawan hilang dan seterusnya tulang cenderung untuk mengisar satu sama lain. Masalah tersebut mungkin disebabkan faktor penuaan atau kecederaan dalaman (seperti kemalangan). Crepitus boleh berlaku dengan atau tanpa rasa sakit. Jika ia berlaku tanpa rasa sakit atau ngilu ia tidak mungkin disebabkan oleh arthritis. Ianya boleh dilakukan dengan teknik urutan untuk stimulasi tendon dan otot. Jika sudah melibatkan kerosakan pada tulang rawan, urutan tidak dapat membantu secara total.
Bagaimana kaedah urutan dapat membantu jika berlaku pada bahu? Biasanya jarang disebabkan oleh arthritis. Jika berbunyi dibelakang badan (tulang belikat atau scapula), ianya berpunca masalah otot rhombhoids. Otot-otot rhombhoids yang bekerja apabila tulang scapula digerakkan. Jika sekitar tulang scapula mulai berbunyi, ia menggambarkan otot rhombolis tidak melakukan kerjanya dengan sepatutnya. Sebagai bukti, jika anda menekan kepingan otot tersebut secara satu persatu ketika tulang scapula digerakkan, bunyi crepitus akan hilang atau perlahan. Otot-otot tersebut hendaklah diurut mengikut arah jaluran otot berkenaan.












Jika crepitus berlaku di bahu itu sendiri (ketika bahu digerakkan), otot-otot lain pula yang bekerja seperti supraspinatus dan biceps tidak berfungsi dengan sepatutnya. Sama seperti otot rhombhoids, otot-otot berkenaan perlu distimulasi dengan urutan untuk menguatkan semula otot berkenaan. Otot-otot tersebut juga hendaklah diurut mengikut arah jaluran otot berkenaan. Satu lagi otot yang sering menganggu secara diam ialah latissimus dorsi. Otot ini hendaklah diurut ke bawah ke arah pinggang untuk memastikan bunyi crepitus hilang secara total! InsyaAllah.



Menurut teknik urutan Qun, umumnya arah urutan hendaklah bertentangan dari bunyi geseran (crepitus). Kalau di bahu, sila urut ke arah bertentangan dari bahu.

1 comment: