Facebook Fan

Monday, 26 October 2015

Faktor Menjejaskan Aura

Sumber foto: www.mostlyskateboarding.net
Lapisan gelombang elektromagnetik memang amat sensitif dan sering berubah-ubah. Sekiranya individu terdedah kepada elemen-elemen negatif seperti keletihan, kesakitan, keresahan, kesibukan, berfikiran negatif serta kelemahan sistem tubuh badan manusia akan menyebabkan getaran aura undividu terbabit mulai lemah.

Selain itu faktor gangguan luaran seperti makhluk halus, pencemaran alam sekitar, peralatan beradiasi dan elektronik yang juga mengeluarkan frekuensi boleh menganggu dan menjejaskan kestabilan frekuensi aura sedia ada pada manusia.

Sesetengah orang mencuba mendapatkan ketenangan dengan pengambilan ubat-ubatan, dadah, rokok dan alkohol untuk mengurangkan tekanan. Tetapi tekanan tetap tidak berkurangan kerana kaedah yang digunakan akan menjejaskan lagi kesihatan dan seterusnya merosakkan kualiti aura.

Oleh itu untuk meningkatkan aura seseorang, manusia bergantung kepada kualiti persekitaran, tahap ketenangan dan kecergasan seseorang. Ini menunjukkan aura  mempunyai kesan secara langsung kepada kesihatan, spiritual, mental, emosi dan fizikal seseorang serta hubungan sesama manusia. 

Dalam konteks rawatan secara urutan, terapis akan mempraktiskan penggunaan aura ketika melakukan senaman pernafasan, mengesan (scanning) titik ransangan dan juga amalan kerohanian (ruqyah).

No comments:

Post a Comment