Facebook Fan

Friday, 23 October 2015

Lapisan Aura

Apakah itu Aura?
Berdasarkan penemuan seorang doktor perubatan pada tahun 1911, Dr. William Kilner dalam teorinya Medan Tenaga Manusia atau `Human Energy Field’ (HEF) mendapati wujudnya medan tenaga manusia yang memiliki beberapa lapisan. Lapisan ini merupakan medan elektromagnetik yang mempunyai frekuensi gelombang tertentu dan membentuk perisai mengelilingi tubuh manusia. Atau dengan definisi lain ianya dikenali sebagai aura.

Selain mengeluarkan tenaga, aura juga mempunyai warna. Aura ini tidak boleh dilihat oleh mata kasar tetapi boleh dirasakan kekuatannya. Warna aura mungkin boleh dilihat oleh orang-orang berbakat atau mereka yang terlatih dalam seni visual.

Setiap individu mempunyai kondisi kekuatan aura yang berbeza termasuk dari faktor jantina, umur dan sebagainya. Apabila medan elektromagnetik semakin kuat, ketebalan perisai mula meningkat umpama menjadi pelindung dan sumber tenaga kepada tubuh manusia. Aura juga berputar mengikut kelajuan tersendiri di mana bahagian atas lebih laju berbanding di bahagian bawah anggota badan manusia.
Lapisan Aura
Terdapat tujuh (7) lapisan aura yang berada di sekeliling tubuh manusia iaitu;
Lapisan Pertama ; mewakili tahap kesihatan manusia
Lapisan Kedua ; mewakili tahap emosi dan jiwa peribadi
Lapisan Ketiga ; mewakili tahap keupayaan kuasa minda dalam keadaan sedar
Lapisan Keempat; mewakili tahap kekuatan kasih sayang antara manusia.
Lapisan Kelima ; mewakili tahap kesihatan fizikal manusia
Lapisan Keenam ; mewakili tahap pancaindera manusia.
Lapisan Ketujuh ; mewakili aspek kerohanian

Ketujuh-tujuh lapisan ini menghasilkan pancaran dan campuran warna disekeliling tubuh yang boleh menggambarkan sifat dan ciri-ciri individu terbabit. Bagaimanapun gambaran tahap-tahap tersebut adalah tafsiran manusia semata-mata tanpa pembuktian kebenarannya dengan kalam Allah. Hanya Allah swt saja yang tahu. Manakala warna Aura akan dibincangkan di dalam artikel akan datang.

No comments:

Post a Comment