Facebook Fan

Tuesday, 27 October 2015

Pintu Gelombang Penyembuhan

Aura ini mempunyai 7 pintu utama yg diwakili oleh warna- warna pelangi seperti ditunjukkan gambarajah sebelah. Bagi pengamal metafizik, ianya dikenali sebagai Chakra yang berbentuk bunga teratai kembang yang terdiri daripada 7 warna pelangi. Warna-warna pelangi inilah yang membentuk kepelbagaian warna di sekeliling tubuh badan manusia seperti yang dijelaskan sebelum ini. Sekiranya berlaku penyumbatan atau halangan pada pintu-pintu ini, maka sifat-sifat negatif pada warna yang disebutkan juga akan berlaku.

Dalam tujuan urutan rawatan, pintu-pintu ini berinteraksi dan menerima segala tenaga positif dari persekitaran manusia. Untuk itu, terapis akan menggunakan fasiliti yang sedia ada (pintu aura) pada tubuh badan pesakit untuk memasukkan elemen-elemen penyembuhan atau penyerapan tenaga dari tenaga dalaman terapis, tenaga persekitaran dan juga tenaga kerohanian. Pemindahan tenaga juga dalam bentuk pemindahan aura, dimana boleh berlaku apabila;
  • Mengamalkan aktiviti sihat
  • Pemakanan seimbang dan berkualiti
  • Mengamalkan senaman pernafasan dan meditasi
  • Melihat secara visual dan imiginasi warna-warna tertentu (seperti yang dinyatakan dalam warna aura).
  • Amalan bersifat kerohanian (ruqyah dan solat) – terdapat pandangan bahawa solat diawal waktu bersamaan dengan waktu aktifnya gelombang aura yang dipancarkan oleh alam. Pergerakan seperti solat terutamanya rukuk memudahkan aura diserap masuk ke dalam tubuh manusia. 

No comments:

Post a Comment