Facebook Fan

Sunday, 18 October 2015

Senaman Pernafasan untuk Terapis

Sebagai persediaan untuk merawat pesakit, tenaga dalaman terapis perlulah kuat dan mampu sebagai pendinding, untuk penyembuhan (diri sendiri atau pesakit), disamping menambah tenaga dalaman melalui serapan tenaga alam semulajadi. Selain itu terapis boleh mengesan posisi titik sakit atau masalah yang dihadapi oleh pesakit dengan merasai getaran aura yang tidak stabil pada tubuh pesakit. 
Tenaga dalaman ini boleh dilakukan dengan senaman pernafasan atau meditasi di kawasan terbuka dan persekitaran yang segar dan bersih seperti di padang, laut dan kawasan hijau. Boleh juga diiringi alunan muzik yang mendamaikan dan bersifat bunyi-bunyian asli seperti bunyian ombak lautan dan unggas. Senaman pernafasan ini sering diamalkan oleh ahli pertahanan diri, ahli meditasi, ahli yoga, ahli reiki dan sebagainya dengan pelbagai teknik yang digunakan.

Dibawah adalah tatacara senaman pernafasan bagi seorang perawat; 

NO
TATACARA SENAMAN PERNAFASAN
1
Senaman pernafasan hendaklah menggunakan pakaian yang selesa, longgar dan jauhkan diri dari bahan-bahan berlogam dan beradiasi seperti TV, handphone, jam tangan kerana mengelak gangguan tenaga yang diserap dari persekitaran.
2
Lakukan senaman regangan badan mengikut keselesaan secara ringkas.
3
Duduk di kerusi atau bersila sambil tangan berada di atas peha. Struktur tulang belakang hendaklah dalam keadaan tegak dan mendada untuk mengaktifkan thymus dan kelenjar adrenal. Kemudian memejam mata sambil jari telunjuk menyentuh ibu jari. Sentuhan ini akan terbuka sendiri ketika dalam keadaan separa sedar nanti.

4
Kosongkan fikiran dan menarik nafas melalui hidung dengan seolah-olah memasukkan udara nafas ke dalam perut atau pusat. Jangan menarik nafas sehingga ke penghujung (pengembangan dada paling maksimum). Tujuannya ialah memudahkan diri untuk menahan nafas.
5
Menahan nafas dgn zikir Allah sebanyak 7x 
6
Melepaskan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan (halus) sehingga habis.
7
Rehatkan fikiran (dengan kiraan mengundur 20 -1). Bila dua jari terbuka sendiri menandakan sudah mencapai separa sedar. Ketika ini boleh berdoa dalam hati untuk segala kebaikan, kesihatan, dan keserasian rawatan. Lakukan semula dari langkah no 4 – 7 (senaman pernafasan) sebanyak 11x.
8
Membuka mata dengan perlahan-lahan.
9
Gosokkan kedua-dua telapak tangan. Apabila terhasil tenaga di telapak tangan, sapukan keseluruhan tubuh ATAU setiap pintu gelombang (chakra). Pintu chakra akan dibincangkan pada artikel lain.
10
Amalkan dengan mulai 7 hari berturut-turut, dan kemudiannya boleh diamalkan secara berjadual atau bergantung kepada kondisi tenaga dalaman diri terapis.

1 comment: