Facebook Fan

Sunday, 11 October 2015

Titik-Titik Urutan Yang Perlu Dielakkan oleh Wanita Hamil

Dalam dunia urutan, wujud titik-titik yang sensitif apabila diurut kepada wanita hamil. Malah terdapat juru urut tidak tahu kewujudan titik-titik larangan ini. Terdapat beberapa kes wanita mengalami keguguran sebaik sahaja mendapatkan urutan terutamanya dibahagian kaki. Mungkin juru urut tersebut tidak mengetahui anda hamil, jadi terpaksa atas inisiatif sendiri anda perlu memaklumkan kepada mereka. 

Bagaimanapun, titik-titik larangan ini bukan bermakna PASTI menjejaskan anda dan kandungan anda. Tetapi saya boleh gunakan istilah BOLEH menjejaskan anda dan kandungan anda. Jadi eloklah anda elakkan saja titik-titik ini.

Asasnya terdapat beberapa titik di bahagian pergelangan tangan (wrist) dan pergelangan kaki (ankle) yang sensitif kepada mereka. Jadi hindarkan saja mengurut disitu kerana anda tidak tahu ketepatan titik itu dimana. Selainnya anda boleh rujuk gambar-gambar dibawah yang menunjukkan titik-titik larangan untuk wanita hamil!

Tambahan: Terdapat titik yang ditunjukkan hanya sensitif pada bulan-bulan kehamilan tertentu (kerana terdapat juga mula sensitif pada bulan yang ke 3, 6, 8 atau bulan-bulan lain). Tahap tekanan urutan bergantung kepada tahap sensitif seseorang. Sekadar gosokan lembut MUNGKIN tidaklah memudaratkan, berbanding menggunakan kaedah tekan serta tenyeh yang berisiko. Selain itu, tiada gambar abdominal (perut) terutamanya bawah pusat yang ditunjukkan disini, kerana saya percaya anda tidak akan lakukan urutan disitu melainkan ada sebab seperti bayi mempunyai masalah (seperti bayi songsang).  Apapun artikel ini tidak bermaksud larangan sebarang urutan kepada wanita hamil. Artikel ini bertujuan untuk berhati-hati untuk kebaikan kan!

No comments:

Post a Comment