Facebook Fan

Friday, 9 October 2015

Urutan Sistem Limfatik

Sistem limfatik adalah pembuluh kecil yang berbentuk jaringan nodi-nodi yang terdapat diseluruh badan. Organ limpa juga merupakan sebahagian dalam sistem limfatik. 

Fungsi;

  • Mencegah jangkitan dan menghasilkan antibodi sebagai  pertahanan utama tubuh manusia. 
  • Bekerjasama dengan kelenjar Thymus untuk pengembangan sistem imun (pertahanan) tubuh manusia. 
  • Bekerjasama dengan sistem peredarah darah vena untuk menyingkir sel-sel darah merah yang tidak sempurna, sisa-sisa sel, protein atau bakteria yang mati dari masuk ke dalam salur darah supaya dapat menjaga kualiti sel-sel darah. 
  • Selain itu limfa juga dapat menyimpan sel-sel darah yang berlebihan.  

Nodi-nodi dan jaringan sistem limfatik juga boleh tersumbat dengan sisa-sisa makanan dan garam menyebabkan pengumpulan cecair atau pembengkakan (edema) di kaki dan tangan. Cairan lebihan dan sisa-sisa sel yang sepatutnya disaring ke ginjal juga tidak dapat disalurkan. Gangguan kepada sistem limfatik, boleh menyebabkan penyakit kronik yang berkaitan dengan kualiti darah seperti leukemia dan anemia. Urutan boleh dilakukan dengan menggosok dan menyapu jaringan dan nodi-nodi limfatik. Tujuannya ialah untuk menyingkirkan pengumpulan cecair dan penyumbatan pada sistem limfatik seperti ditunjukkan dalam gambarajah dibawah. Anak panah yang ditunjukkan adalah menunjukkan arah urutan. Manakala yang area berwarna biru ialah kumpulan nodi yang perlu ditekan atau digosok setempat (tidak perlu kuat).

No comments:

Post a Comment