Facebook Fan

Tuesday, 24 November 2015

Diet Pemakanan untuk Pesakit Tiroid

Terkini, kira-kira 430 juta orang dianggarkan mempunyai masalah tiroid di seluruh dunia. Anehnya, masyarakat menganggapnya gejala ini biasa-biasa sahaja. Kalenjar Tiroid menghasilkan hormon tiroksin (T-4) dan triiodothyronine (T-3) yang  bertanggungjawab untuk menguruskan metabolisme, suhu badan dan tekanan darah. 

Terdapat beberapa tanda-tanda kemungkinan adanya kerosakan tiroid iaitu.
  • Keletihan yang berterusan.
  • Sukar  tidur atau mahu tidur sepanjang masa.
  • Swings Mood: Perasaan kesedihan atau kebimbangan.
  • Perubahan kepada selera atau pilihan makanan.
  • Fikiran terawang-awang tidak menumpukan perhatian.
  • Masalah usus yang seperti kembung, gas, sembelit atau cirit-birit.
  • Mudah sensitif kepada suhu panas atau sejuk.
  • Sakit pada sendi atau otot tanpa sebab tertentu.
  • Masalah kemandulan, keguguran, atau kelahiran pra-matang.
  • Perubahan tempoh/waktu haid serta kekejangan
Masalah tiroid terbahagi kepada dua situasi iaitu Hypertiroidisme dan Hypotiroidisme

Hypertiroidisme adalah istilah yang digunakan apabila tiroid terlalu aktif menghasilkan terlalu banyak hormon. Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang tidak disangkakan, rasa gelisah atau cemas, tidak boleh berehat, kurang fokus, kadar jantung yang cepat, keletihan, masalah kuku, kulit, dan rambut, penyakit jantung, cepat marah, tidur tidak teratur, dan sensitif pada suhu panas.

Hypotiroidisme pula adalah istilah yang digunakan apabila tiroid menghasilkan hormon terlalu sedikit. Kekurangan hormon ini menyebabkan keletihan, kemurungan, kegemukan, sakit sendi, lemah otot, masalah rambut, kulit, dan kuku, penyakit jantung, ingatan yang lemah dan fokus, dan sensitif pada suhu sejuk.

Punca yang biasa dihadapi oleh pesakit Tiroid ialah;
  • Iodin atau kekurangan zat makanan yang lain.
  • Graves iaitu penyakit genetik autoimun yang merangsang pengeluaran hormon tiroid.
  • Penyakit Plummer iaitu ketulan benigna yang merangsang pengeluaran hormon tiroid.
  • Kehamilan boleh menyebabkan disfungsi tiroid.
  • Thyroiditis merupakan keradangan yang mencetuskan hormon tiroid yang berlebihan dalam darah.
  • Tekanan fizikal, mental, dan emosi yang boleh menjejaskan fungsi tiroid.
  • Toksin alam sekitar dianggap juga memainkan peranan dalam disfungsi tiroid. Keadaan ini boleh memberi kesan kepada orang dewasa, kanak-kanak, dan bayi. Bayi baru lahir yang dirawat pada peringkat awal akan memberi respon cepat untuk menghalang perkembangan mental menjadi lemah.
Tindakan pencegahan kerosakan tiroid  adalah penyelesaian yang jauh lebih baik, iaitu mengamalkan pemakanan seperti berikut;
  • Rumpai laut dan makanan laut (kerang, udang, sardin, salmon, dan tuna) untuk pesakit Hypotiroidisme.
  • Yogurt, telur dan keju untuk pesakit Hypotiroidisme.
  • Minyak kelapa dara
  • Cranberry 
  • Kentang bakar (dengan kulit)
Pemakanan diatas tidak semestinya sesuai kepada semua pesakit thyroid, ianya bergantung kepada jenis thyroid, jangkitan alahan, gangguan sistem limfatik dan faktor-faktor lain yang perlu diambil kira. Oleh itu dapatkan nasihat doktor atau pakar diet yang memahami kondisi kesihatan anda untuk pemakanan yang bersesuaian.

Manakala makanan yang perlu dielakkan ialah seperti berikut;
  • Produk soya
  • Makanan segera atau diproses
  • Gula (kurangkan)

No comments:

Post a Comment