Facebook Fan

Friday, 20 November 2015

Duduk Terlalu Lama Berisiko Penyakit Kronik dan Pendek Umur.

sumber gambar: http://www.spineuniverse.com/

Dr James Levine, co-director Mayo Clinic dan Arizona State University Obesity Initiative telah menghasilkan kira-kira 10,000 penerbitan artikel tentang bahayanya duduk terlalu lama kepada kesihatan tubuh badan manusia. Beliau adalah salah seorang yang terawal telah menarik perhatian masyarakat dunia tentang kajian kesan sampingan duduk terlalu lama.

Beliau menegaskan, duduk secara aktif dalam tempoh lama menggalakkan berpuluh-puluh penyakit kronik, termasuk obesiti dan diabetes type 2.  Sebagai contoh, duduk selama lebih daripada lapan jam sehari dikaitkan dengan risiko 90 peratus peningkatan diabetes type 2. Malah penyakit-penyakit kronik lain juga berisiko berlaku walaupun kita aktif bersenam secara teratur. Penyelidikan mereka juga mendapati tabiat ini boleh mendorong kepada risiko sindrom kebimbangan dan kemurungan. Bukan sahaja penyakit kronik, malah juga berisiko kematian awal setaraf perokok walaupun kita mengamalkan cara hidup yang sihat. Apa lagi kalau kita kurang bersenam! Menurut kajian dalam pada awal tahun ini (2015), mendapati bahawa mereka yang jarang bersenam dan menghabiskan banyak masa untuk duduk mempunyai risiko hampir lapan kali ganda peningkatan mati awal atau seolah-olah bersedia untuk mati. 

Masyarakat kampung sering bergerak bebas dan hanya duduk lebih kurang 3 jam sehari. Berbeza yang bekerja di pejabat. Harus kita sedari bahawa, satu jam senaman harian belum tentu boleh membetulkan kerosakan yang disebabkan oleh duduk selama 10-15 jam setiap hari. Oleh itu, kita perlu selitkan masa untuk berdiri dan berjalan atau baring (jika rasional) atau gerakan ringan untuk mengimbangi tempoh kita duduk.  Berusahalah untuk beralih kepada pergerakan tersebut sekurang-kurangnya sebelum sejam duduk. Ianya mustahil bagi pemandu, tetapi tubuh badan kita amat memerlukan.

1 comment:

  1. Setuju sangat Qun..malahan kebanyakan kerja rumah pun pakai mesin/robot.

    ReplyDelete