Facebook Fan

Tuesday, 24 November 2015

Mengelak Kejang Kaki Berulang Semula Dengan Diet Pemakanan

Beberapa kes tertentu, kejang atau cramp kaki berlaku kerana kekurangan nutrien tertentu atau kekurangan air (dehidrasi) dalam badan. Selain dehidrasi, mereka yang mengalami masalah ini, biasanya di kalangan mereka yang mengalami kehamilan, penyakit parkinson, gangguan endokrin seperti kencing manis, gangguan struktur tubuh dan gangguan saraf. Dalam kes lain, kejang kaki boleh menjadi indikator kepada jangkitan pada buah pinggang. 

Bagaimana hendak mencegah kaki kejang?
  1. Air suam amat disyorkan kerana suhunya hampir menyamai suhu darah kita. Juga cepat diserap ke dalam otot dehidrasi berbanding air sejuk.
  2. Pengambilan elektrolit  bertindak sebagai `tukang urut’ bekerjasama dengan air suam untuk melonggarkan otot yang ketat. Paket elektrolit yang berkualiti boleh didapati di farmasi. 
  3. Salah satu mineral yang terbaik untuk mencegah kejang kaki adalah magnesium. Jika, elektrolit adalah “tukang urut”, magnesium pula sebagai “minyak urut”. Untuk mengelakkan kekejangan, kita perlu mengambil kira-kira 250 hingga 300 miligram magnesium setiap hari. Makanan yang kaya dengan magnesium adalah: kacang merah, kacang, bayam, coklat, kentang dan ikan.
  4. Kalium merupakan satu lagi mineral pencegahan kekejangan. Kejang kaki yang disebabkan oleh dehidrasi, kemungkinan besar berlaku disebabkan oleh kalium rendah atau natrium yang tinggi. Kalium juga bertindak sebagai agen melegakan kekejangan. Setelah kalium memasuki sistem penghadaman ia membantu tubuh mengarahkan cecair badan ke anggota terjejas.
  5. Elakkan penggunaan kasut tumit tinggi.
Bolehkah mengambil mineral atau herba dalam bentuk pil? Ya boleh, dapatkan di farmasi yang berdekatan dirumah anda.

No comments:

Post a Comment