Facebook Fan

Monday, 14 December 2015

Cara Menghasilkan `Mask' Kunyit

Kunyit adalah rempah yang popular terutamanya di negara India. Selain kegunaannya untuk masakan, bahan perwarna, ianya juga berfungsi untuk tujuan penyembuhan.


Misalnya, dalam video ini mendedahkan rawatan kulit dengan mask kunyit buatan sendiri termasuk merawat jerawat, ekzema, kemerahan, keradangan, masalah berbulu, bintik-bintik hitam dan kedutan. Untuk menyiapkan resepinya, kita memerlukan:

1 sudu (teh) kunyit + 2 sudu besar tepung + 1 sudu minyak badam + 3 atau 4 sudu besar susu dicampurkan ke dalam mangkuk dan dikisar untuk menghasilkan mask kunyit.

Sebelum itu, pastikan pakaian dan persekitaran anda tidak terkena kunyit. Gunakan juga sarung tangan untuk mengelak tangan bertukar menjadi kuning.

Semasa melumurkan ke kulit, sila berhati-hati dari terkena bulu kening, rambut dan bulu mata anda kerana mask ini boleh membuang bulu. Selepas 20 minit menggunakannya, bilaslah dengan air suam dan lap. Kulit muka anda mungkin sedikit kekuningan dan digalakkan menggunakan pembersih muka untuk menampakkan seri wajah.

Rawatan ini perlu diulangi sekurang-kurangnya seminggu sekali. 

No comments:

Post a Comment