Facebook Fan

Saturday, 12 December 2015

Kandungan Kursus Urutan Teknik Terapi Qun

Mulai 2017, Urutan Terapi Qun (UTQ) menyediakan 3 jenis kursus yang diajar secara berasingan, iaitu;
  1. Urutan Tubuh 
  2. Urutan Rawatan Wanita / Lelaki
  3. Reverse Stimulation Therapy merupakan teknik urutan & terapi ikhtiar merawat penyakit.
KURSUS URUTAN TUBUH (1 HARI)
Tujuan kursus ini diadakan ialah untuk mereka yang baru terlibat dalam dunia urutan atau mereka yang inginkan sesuatu yang beza dalam teknik urutan. Modul utama ialah urutan badan termasuk terapi wajah yang sering diamalkan dimana-mana pusat urutan dan spa untuk tujuan kesegaran dan relaksasi. Konsep urutan adalah mirip kepada kaedah Deep Tissue Massage, disamping mengamalkan pendekatan metod  tradisional dan urutan jurus aura Qun. Selain praktis urutan, ia juga melibatkan petua dan disiplin sebelum/semasa/selepas urutan termasuk amalan pendinding yang perlu ada pada setiap juru urut.

KURSUS URUTAN RAWATAN WANITA & LELAKI (1 HARI)
Kursus Urutan Rawatan Wanita & Lelaki akan dipecahkan kepada dua (2) kumpulan peserta iaitu kaum lelaki dan kaum wanita. Ini meliputi pelbagai masalah yang berkaitan gender iaitu lelaki dan wanita , termasuk juga bayi. Modul kursus ini tidak termasuk urusan penjagaan dan kesihatan perbidanan.

REVERSE STIMULATION THERAPY (2 HARI)
Terapi Qun juga lebih dikenali dengan formula "Reverse Stimulation" yang diasaskan oleh Qun Hisham. Kursus ini mengandungi pengisian kepada teori asas urutan, ikhtiar kerja-kerja pemulihan otot, saraf dan tulang belakang yang juga berkaitan dengan organ tubuh. Untuk memastikan ianya kelihatan selari dan dinamik dengan perkembangan perubatan moden, teknik ini turut memasukkan istilah-istilah sistem tubuh manusia ke dalam modul-modul pembelajaran. Tujuan urutan ini lebih kepada tujuan rawatan pemulihan, bukannya urutan seluruh badan.  Apakah kelebihannya;
  • Teknik Urutan Moden & Komprehensif 
  • Mudah & Praktikal
  • Boleh dilakukan kepada diri sendiri
  • Di mana-mana sahaja
  • Bila-bila masa
  • Kesan yang pantas
  • Meliputi Pembetulan Postur Tubuh dan Tulang Belakang
Nota:
  • Perubahan modul atau subjek kursus akan sentiasa berubah tanpa perlu memberi makluman disini atau dimana-mana.
  • Tarikh, Lokasi dan Bayaran akan diumumkan di WhatsApp Group, Facebook atau Blog ini dari masa ke semasa.
  • Maklumat berkenaan teknik Urutan Terapi Qun ini tidak didedahkan dalam FB & Blog Urutan Terapi Qun kerana teknik ini perlu dipelajari secara berguru.

No comments:

Post a Comment