Facebook Fan

Monday, 14 December 2015

Kegunaan Uncang Teh Terpakai!


Sudah menjadi kebiasaan, selepas minum teh, kita akan membuang uncang teh ke tong sampah. Jika anda menonton video ini, uncang teh mempunyai pelbagai manfaat untuk mengurangkan calar, lebam, kemerahan, keradangan dan gigitan serangga. Jirus bilas air pada uncang teh dan letakkan pada permukaan kulit yang bermasalah selama 15 minit.

Manfaat lain, uncang teh yang kering (selepas guna) boleh menyerap bau kasut. Ianya juga dapat membersihkan pinggan mangkuk yang kotor. Selain itu serangga dan tikus tidak sukakan bau uncang teh.

Paling best, letakkan satu sachet uncang teh dalam peti sejuk akan menyerap segala bau daripada makanan yang lain.

Jadi anda perlu menyimpan uncang teh yang terpakai!

No comments:

Post a Comment