Facebook Fan

Saturday, 12 December 2015

Rawatan Alami Pesakit Asthma

Sumber Gambar: www.divynenhealthy.com
Berjuta-juta orang mengalami serangan asthma dan masalah bronkitis. Mereka amat sensitif dengan tekanan, keadaan sejuk lembap, pencemaran, habuk, bulu binatang, wangian, asap, ubat-ubatan, dan lain-lain debunga. Kesannya mereka berasa sesak nafas, dada ketat, dada berbunyi dan batuk. Sebenarnya, rawatan di rumah boleh mengurangkan gejala-gejala tersebut dengan;

Berasaskan Lemon (Fresh Juice)
  • Jus lemon adalah ubat semulajadi yang baik.
  • Mengandungi asid sitrik untuk membersih dan menguatkan paru-paru.
  • Mengandungi sifat antioksidan untuk mencegah serangan asma memasuki sistem pernafasan.
  • Jus lemon + halia sekali sehari.

Berasaskan Madu
  • Jus halia + Methi (fenugreek seeds ) + madu, merupakan ubat yang sangat berkesan ketika keadaan kronik.
  • Madu + air suam untuk mengeluarkan kahak dari tekak.
  • Serbuk kunyit + madu untuk mengurangkan gangguan pada saluran hidung.
  • Bawang + madu + lada hitam memberikan kelegaan daripada kesesakan nafas. Mengunyah lada hitam sahaja pada waktu malam boleh juga mengelak asthma berlaku pada waktu tidur.
  • Gunakan selasih + madu setiap pagi untuk menjauhkan diri dari serangan asthma.
  • Minum dan menyedut bauan madu boleh melapangkan dada.
Terdapat juga yang mencampurkan lemon dan madu dengan kombinasi lain untuk ikhtiar rawatan seisi keluarga seperti dibawah;
1/2 kg bawang merah
1/2 kg gula
2 lemon
1.5 liter air
7 sudu besar madu
Panaskan gula sehingga menjadi merah. Masukkan bawang merah yang dihiris nipis dan goreng secara ringkas. Kemudian baru tambah air. Rebus campuran tersebut pada suhu sederhana sehingga satu pertiga daripada air tersejat. Biarkan hingga sejuk, kemudian masukkan madu dan jus lemon ke dalam periuk dan kacau. Selepas tu masukkan kedalam balang kaca dan tutup semalaman.



Berasaskan Garam
  • Rebusan daun drumstick + garam + jus Pepper + Lime, ubat herba yang berkesan.
  • Mengunyah daun basil (selasih) + garam untuk rawatan penyembuhan.

Lain-lain;
  • Jus carrot + bayam memberikan kelegaan.
  • Menyedut bauan minyak kayu putih untuk membuka saluran pernafasan.
  • Susu + bawang putih.
  • Urut dengan minyak mustard dan kapur barus (champor) atas dada memberikan kelegaan bernafas.
Diet untuk Asma

Pesakit asthma perlu mengunyah makanan dengan perlahan-lahan dan berhenti sebelum kenyang untuk mengelak kesesakan pada dada, serta mengelakkan pemakanan yang tidak seimbang. Diantara makanan yang sesuai untuk pesakit asthma ialah;
  • Sayur-sayuran berdaun hijau dan buah-buahan segar bersifat beralkali dan antioksidannya.
  • Bawang mengandungi 'quercetin', sejenis bahan anti-radang dan dianggap sebagai ubat yang paling berkesan.
  • Vitamin C seperti buah-buahan sitrus yang mempunyai kuasa sedia ada untuk melawan serangan asthma.
  • Vitamin A memainkan peranan penting dalam menyembuhkan asthma.
  • Vitamin E mengandungi anti oksidan dan mengoptimunkan kandungan oksigen dalam darah.
  • Asid lemak, terutamanya omega-3 minyak mengurangkan keradangan dan mengurangkan serangan.
  • Mengamalkan banyak minum air suam dan tidak minum air sejuk. Ambil 10-12 gelas air setiap hari tetapi tidak bersama-sama sewaktu makan.
Makanan Yang Perlu Dielakkan
  • Kurangkan pengambilan gula, keju dan nasi    
  • Elakkan makan asam jeruk, ais krim, minuman sejuk, kacang merah dan lain-lain yang boleh mendorong pembentukan kahak.
  • Teh, dan kopi harus dielakkan.
  • Makanan rempah ratus dan pedas juga harus dielakkan.
  • Minuman beralkohol, menghisap rokok yang boleh mencetuskan serangan asma.
  • Makanan mengandungi alahan seperti daging, telur, ikan, kerang, susu, coklat, pengawet makanan dan lain-lain
Lain-lain yang boleh diambil kira ialah;
  • Senaman sederhana seperti Yoga dan berjalan kaki.
  • Makan ringan di waktu malam.
  • Elakkan penggunaan minyak wangi, semburan, deodoran, dan penyegar udara yang tidak sesuai.
  • Penggunaan penghawa dingin yang terlalu kuat.
  • Mengurangkan aktiviti seks berlebihan.
  • Elakkan membersihkan rumah dengan penyapu.
  • Berenang boleh meringankan dada tetapi berendam terlalu lama dikhuatiri berlaku sebaliknya.

No comments:

Post a Comment