Facebook Fan

Friday, 4 December 2015

Rawatan Penyakit Kulit, Jerawat & Ekzema

Pelbagai info kesihatan dan teknik urutan boleh didapati di FB: Urutan Terapi Qun .

Biasanya penyakit kulit yang berpunca disebabkan  oleh tekanan, ketegangan saraf atau keletihan boleh diubati dengan kaedah urutan. Ini diakui sendiri oleh Dr. Katsuka Serizawa seorang penyelidik perubatan di Universiti Tokyo. Berdasarkan kajian Dr. Katsuka Serizawa yang diterbitkan iaitu berjudul Tsubo: Vital Points for Oriental Therapy dan Effective Tsubo Therapy dapatlah merumuskan kebaikan urutan titik ransangan kepada sistem tubuh manusia.

Terdapat 3 tahap urutan titik ransangan terhadap pesakit kulit iaitu stimulasi area yang bermasalah (local point) untuk melancarkan peredaran darah sekitarnya. Keduanya ialah urutan yang berkaitan organ dan sistem kelenjar yang terlibat dengan penyakit kulit seperti paru-paru, usus besar, hati, buah pinggang dan perut serta kalenjar adrenal, tirod dan pituitari. Seterusnya, titik urutan yang meningkat sistem imunisasi untuk melawan penyakit dan menguatkan keseluruhan tubuh manusia.

JENIS-JENIS PENYAKIT KULIT

Jerawat berkait rapat dengan tekanan emosi dan ketidakseimbangan hormon yang sering memburukkan lagi permukaan kulit terutamanya di bahagian muka. Selepas menggunakan teknik urutan, Dr. Serizawa mendapati ianya sangat membantu. Senaman pernafasan dan yoga juga boleh melancarkan perudaraan dalaman, selain menggunakan sabun anti bakteria untuk mengelak jangkitan kulit.  Pada masa yang sama pemakanan juga penting di mana penghidap perlu berdisiplin mengambil dan mengelak makanan tertentu.
Ekzema (www.dermexpert.co.uk)
Ekzema pula permukaan kulit yang gatal kering dan sering kemerahan. Ekzema boleh memecah kulit serta melepaskan cecair berair. Penyakit yang mirip (sukar dibezakan) dengan ekzema ialah psoriasis. Psoriasis berkeadaan tebal dan kasar berbanding ekzema yang agak berair. Bagaimanapun ianya tidak menjadi masalah dalam perubatan kerana kaedah rawatan dan pencegahan adalah hampir sama juga. Sesetengah orang yang mempunyai psoriasis mengalami keradangan sendi yang menghasilkan gejala-gejala artritis, yang dikenali sebagai psoriatic arthritis. 

SENAMAN PERNAFASAN

Untuk mempercepatkan penyembuhan lakukan senaman pernafasan dengan kaedah berikut;
  • Posisi Berdiri dan tangan lurus dibawah
  • Ketika menarik nafas perlahan-lahan hendaklah mengangkat tangan (posisi bengkok seperti membentuk bulatan)  ke atas kepala.
  • Apabila menghembus nafas secara perlahan-lahan hendaklah menurunkan tangan anda ke bawah dengan perlahan-lahan.
  • Ulangi sebanyak 10-20x setiap sesi. Satu sesi untuk sehari sudah memadai.
PEMBERSIHAN USUS

Peringkat awal rawatan hendaklah mencuci usus (detox) terlebih dahulu kerana penumbuhan yis, flora tidak normal dan merkuri dalam badan juga menggalakkan masalah kulit. Pembersihan usus sangat penting agar sistem tubuh badan berfungsi lebih lancar tanpa gangguan toksik dan kekotoran dalam tubuh. Produk membersihkan usus boleh didapati di farmasi.

DIET PEMAKANAN

Makanan yang bercengkerang seperti kerang, udang dan ketam tidak boleh dimakan. Juga makanan yang mendatangkan radang seperti omega-6, minyak jagung, minyak soya dan minyak safflower. Termasuk juga makanan yang mengandungi tinggi gluten, tinggi gula dan produk tenusu juga perlu dielakkan termasuk ais krim, chocolate, kopi dan makanan banyak berlemak/berminyak.

Untuk pemilihan diet pemakanan yang baik. Makan banyak sayur-sayuran dandelion atau minum teh akar dandelion juga mampu menyembuhkan ekzema. Makanan anti radang seperti sumber lemak omega-3, red/pruple berry merah, quercetin, ekstrak biji anggur, sayuran hijau, ubi keledek, kunyit, halia, rosemary dan kacang boleh mencegah radang kulit lebih teruk. Selain itu makanan tambahan seperti minyak ikan, vitamin D dan probiotik  juga boleh membantu.

Penting juga pemakanan ibu hamil bagi mengelak anak yang lahir terdedah kepada penyakit ekzema. Makanan yang dimakan akan menjadi susu kepada anak. Elakkan ibu makan makanan laut, telur, coklat, susu tepung dan sebagainya yang perlu dielakkan.

TIDUR MENCUKUPI

Tidur selama 8 jam setiap malam akan mengurangkan tekanan, ketegangan saraf atau keletihan. Cuba seikhtiar yang boleh untuk tidur selama itu walaupun sesetengah orang terutamanya pesakit psoriasis mengalami kesukaran tidur. 

TITIK URUTAN

Penghidap boleh mengurut sendiri titik ransangan (yang melibatkan 3 tahap urutan) sebanyak 2 atau 3 kali sehari dalam tempoh rawatan. Setiap titik ransangan diurut setempat (tidak melurut) perlahan-lahan selama 1 minit dengan bernafas normal (jangan tahan nafas). Boleh urut pasangan titik secara serentak seperti sisi kiri dan kanan. Titik ransangan psoriasis dan ekzema boleh menggunakan titik yang sama tp tidak perlu urut semua titik, pilih yang sesuai/serasi dengan anda. Bagi mengelak sebarang alahan, minyak zaitun merupakan minyak yang sesuai untuk mengurut.

Berikut adalah titik ransangan yang disyorkan oleh Dr. Serizawa dan digabungkan dengan idea beberapa orang lain; (Sebahagian titik tidak sesuai untuk wanita hamil dan kandungannya. Sila rujuk artikel titik larangan untuk wanita hamil) 
Photo Source: Internet (googling). Thanks for original illustrator.

No comments:

Post a Comment