Facebook Fan

Tuesday, 1 December 2015

Tonsilitis Sembuh dengan Diet Pemakanan


Tonsillitis merupakan radang tonsil yang terdiri daripada sepasang kelenjar yang terletak di bahagian belakang tekak. Tujuan kelenjar ini ialah untuk membantu menghalang mikrob yang memasuki tubuh manusia. Masalah tonsillitis adalah disebabkan oleh pelbagai jenis bakteria dan virus. Punca yang paling biasa ialah di sebabkan oleh bakteria streptokokus atau lebih dikenali sebagai strep. Sebahagian daripada tanda-tanda dan gejala-gejala jangkitan tonsil yang biasa ialah:

• Sakit tekak
• Tonsil bengkak kemerahan dengan bintik putih atau kuning
• Sakit atau kesukaran untuk menelan
• Suara parau
• Kesukaran bernafas
• Kuat berdengkur
• Kerap demam
• Seram sejuk
• Mudah sakit kepala

Jika mempunyai ciri-ciri sedemikian, hendaklah berjumpa dengan doktor segera untuk memastikan sama ada mempunyai tonsillitis atau tidak. Tonsillitis berupaya mewujudkan gejala lain yang lebih bahaya. Jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada komplikasi lain seperti jangkitan telinga , demam reumatik dan mudah tertidur.

Jika masalah ini disebabkan oleh jangkitan bakteria, doktor mungkin memberikan antibiotik.  Jika antibiotik mendatangkan kesan lain seperti seperti cirit-birit, muntah-muntah, loya, gangguan perut dan ruam, boleh juga mendapatkan diet pemakanan yang bersesuaian seperti;
  • Jus lemon tanpa gula mengandungi vitamin C, sejenis nutrien yang membantu meningkatkan sistem imun. Boleh dicampurkan dengan garam biasa untuk berkumur selama 2 minit.
  • Madu bersifat antimikrob untuk menghentikan tonsillitis dalam masa yang singkat. Apa yang perlu dilakukan ialah larutkan  4 sudu besar madu dalam segelas air. Amalkan 2-3 kali sehari. Madu yang popular dengan menangani masalah tonsillitis ialah Manuka Honey.
  • Kunyit juga bersifat antimikrob dan antiradang. Ambil secubit kunyit dalam segelas susu panas membolehkan penciptaan ubat super berkesan untuk tonsillitis.
  • Teh Halia panas untuk membantutkan mikrob. Potongan halia segar lebih baik.
  • Habbatus Sawda juga sesuai untuk merawat sakit tekak. Secawan air (250ml) dicampurkan dengan 80gram Habbatus Sawda. Rebus sehingga menjadi hitam pekat. Kemudian campurkan sedikit air untuk diminum dengan satu sudu setiap 30 minit sehingga sakit hilang.
  • Jus Bawang. Berkumur dengan jus yang diekstrak daripada bawang yang dicincang adalah satu cara yang baik untuk merawat radang dan  antimikrob.
  • Mengamalkan aiskrim perisa vanilla. Rasai aiskrim dibahagian tonsil sebelum menelan untuk mengurangkan radangan.
Jika mengalami tonsilitis berulang kali, mungkin doktor mengesyorkan rawatan pembedahan untuk membuang tonsil. Bagaimanapun terdapat titik-titik ransangan untuk membantu pemulihan tonsilitis disamping diet pemakanan yang bersesuaian.

3 comments:

  1. Saya berkumur air garam beberapa kali sehari, saya juga spray cuka epal plus madu pada tekak beberapa kali sehari, saya elakkan makanan pedas, makanan sgt berminyak, coklat, susu, saya banyakkan minum air kosong. Alhamdulillah sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih atas tip yang amat bermanfaat.

      Delete
  2. dr sudut positif...tonsil ni memberi kebaikan pd sy..sbb tonsil lah sy memilih utk minum air bertapis...air2 skrg mejoriti karat...bayangkan klu dah penuh karat dlm badan...rasanya boleh rosak buah pinggang..air dirext dr paip wlupon dimasak didih tekak sy masih boleh trace kuman didlm nya...apa tah lg air dikedai2..pasar2 mlm...kenduri2...yg dulu2 nya mejoriti guna air paip....tekak akan bg signal bila sy benarkan kuman2 masuk dlm tubuh badan....jd kemana2 sy akan bawak air putih bertapis dr rumah...an setakat ni..elken dan coway lulus...lain2 penapis masih kantoi

    ReplyDelete