Facebook Fan

Tuesday, 22 December 2015

Vitamin C & E Ikhtiar Merawat Kanser

Ramai keluarga pernah merasai kehilangan ahli keluarganya disebabkan oleh kanser. Ayah saya juga meninggal dunia kerana kanser usus. Ketika itu saya tidak tahu apa apa berkenaan rawatan kanser. Itu adalah pengalaman yang sangat mengesankan bagi saya kerana saya tidak tahu bagaimana hendak membantu dan ianya telah mengubah hidup saya sepenuhnya sebagai perawat. Saya hanya bersedih melihat bagaimana kanser membunuh ahli keluarga saya dan  tidak boleh berbuat apa-apa. Jadi saya tidak mahu anda seperti saya apabila salah seorang keluarga anda tiba tiba disahkan penghidap kanser. 
Sumber: http://elixirvitaesecrets.com/
Kanser boleh menyerang sesiapa sahaja dan anda tidak akan dapat mengetahui siapa yang akan menjadi mangsa seterusnya. Terdapat kajian menyatakan penghidap kanser terdiri daripada 1:2 lelaki dan 1:3 perempuan. Jadi bacalah artikel ini mungkin memberi persediaan atau harapan untuk sesiapa menjadi mangsa di masa hadapan.

Anda mungkin pernah mendengar istilah "rawatan kemoterapi". Tetapi adakah anda benar-benar percaya bahawa rawatan kemoterapi mampu menyekat sel kanser merebak? Saya tidak memaksa anda untuk berkata ya atau tidak! Tetapi saya ingin berikan perkongsian satu solusi yang dirumuskan oleh seorang doktor perubatan yang popular dalam penyembuhan kanser, iaitu Dr Leonard Coldwell (Dr. C).
Dr. Coldwell
Keluarga Dr. Coldwell mempunyai latar belakang penghidap kanser yang serius. Semua tujuh adik-beradik, dari sebelah ibunya menghidap kanser. Ayah dan nenek beliau juga meninggal dunia akibat kanser. Dia melihat bagaimana ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan mati akibat penyakit ini dan dia pula tidak dapat berbuat apa-apa. Itulah sebabnya dia mengabdikan sebahagian hidupnya dalam mencari penawar yang berkesan untuk melawan kanser.

Sesuatu yang membuatkan saya menarik tentang Dr. Coldwell ialah mempunyai sedikit persamaan dengan Dr. Royal Raymond Rife dimana disekat dan tidak mendapat sokongan dari kerajaan. Laman web Dr. Coldwell pernah disekat kerana kejayaannya dalam usaha menyembuhkan kanser. Bagaimanapun nasibnya lebih baik dan tidak berterusan berbanding Dr. Rife, malah telah menerima pelbagai anugerah.

Dr Leonard Coldwell mendakwa bahawa penghidap kanser boleh disembuhkan tanpa menggunakan rawatan kemoterapi atau apa-apa rawatan beradiasi. Dr Leonard Coldwell mendakwa bahawa apa-apa jenis kanser boleh diubati dalam 2 - 16 minggu. Dan terdapat beberapa jenis kanser boleh sembuh dalam beberapa minit sahaja. Bahan kimia atau beradiasi tidak akan membantu melawan kanser sepanjang masa. Sumber alam semula jadi merupakan salah satu penyelesaiannya. 

Tetapi dia tidak dibenarkan untuk memberitahu resepi ini kepada orang ramai demi menjaga golongan kapitalis yang membuat keuntungan dari pesakit kanser. Ketika ini sektor penjagaan kesihatan dan industri farmaseutikal mendapatkan keuntungan berjuta-juta dolar melalui industri perawatan kanser. Kita semua tahu bahawa kanser tidak wujud pada100 tahun yang lalu dan sepatutnya tidak ada sebab untuk wujud sekarang. Kita telah menyebabkan masalah ini serius disebabkan oleh diri kita sendiri dengan gaya pemakanan, pencemaran dan aktiviti harian kita. 

Dr. Coldwell mengesyorkan pesakit perlu makan lebih banyak sayur-sayuran yang membekalkan oksigen, menambah kalsium dan alkali dalam tubuh. Ini adalah sangat penting untuk semua pesakit kanser kerana kanser boleh terbantut apabila badan dapat menyeimbangkan tahap alkali badan. Tahap pH 7.36 adalah sangat baik, tetapi untuk tujuan rawatan , pH sekitar 7.5 atau lebih tinggi diperlukan (mengikut kes-kes tertentu).

Dr. Coldwell mendakwa bahawa suntikan “intravenous”  Vitamin C 3 kali seminggu adalah sangat membantu. Percaya atau tidak, kanser akan hilang dalam masa beberapa hari selepas suntikan Vitamin C. Dr. Coldwell juga mencadangkan agar pesakit perlu makan makanan yang mempunyai jumlah yang tinggi Vitamin C, seperti: lada cili, kubis, brokoli, betik, strawberi, nenas, buah kiwi, oren dan lemon. Namun, Vitamin C bukan satu-satunya vitamin yang mempunyai kuasa penyembuhan. Sokongan Vitamin E (dari sumber semulajadi) sangat diperlukan melindungi sel dan tekanan darah serta memangkinkan pemulihan.

Selain itu, terapi menghapuskan hypoxia juga boleh membantu. Dr Martin, iaitu sahabat Dr. Coldwell menawarkan satu penyelesaian yang bagus iaitu terapi oksigen yang membawa darah keluar untuk dirawat dengan oksigen tulen sebelum disuntik semula ke dalam badan. Dengan terapi ini, darah yang merah kehitaman akan berubah kepada seakan-akan merah jambu, seperti darah bayi yang baru lahir. 

Selain itu, Dr Coldwell menggalakkan pesakit  minum 4 liter air dengan ½ sudu teh garam setiap hari kecuali pesakit buah pinggang/dialisis. Jika kita khuatir berlebihan garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, namun Dr. Coldwell berkata garam yang mencukupi diperlukan untuk meransang isyarat elektrik dalam badan. Cuma masalah kita sekarang garam apakah yang sepatutnya digunakan. Garam makanan kita bukan sepenuhnya tulen dan bersih. Pemilihan garam yang berkualiti penting dalam melengkapkan rawatan ini.

No comments:

Post a Comment