Facebook Fan

Wednesday, 27 January 2016

Diagnosis Penyakit dengan Lidah

Lidah merupakan otot penting untuk mengunyah makanan tetapi bukan setakat itu sahaja fungsinya. Lidah juga boleh memberitahu keadaan kesihatan sistem badan anda. Cuba perhatikan lidah sahabat anda dan bandingkan apa yang saya jelaskan disini. Julurkan lidah untuk melihat kondisinya (tetapi tidak perlu lama bagi mengelak kekejangan atau tekanan saraf). Pemerhatian tahap kesihatan seseorang boleh dilihat melalui rupabentuk fizikal lidah, warna lapisan lidah dan warna lidah itu sendiri.


KONDISI FIZIKAL LIDAH

Kondisi fizikal lidah biasanya menggambarkan kondisi darah dalam badan. Jika berlaku kondisi seperti bawah boleh menggambarkan sesuatu yang berlaku dalam membekalkan darah dalam badan;
KERAS - Menggambarkan gangguan haba dalam jantung dan perikardium.
LEMBIK - Kekurangan Darah
BENGKAK - Menggambarkan pengumpulan lendir/kahak dan gangguan haba dalam jantung dan limpa
MEMBESAR - Menggambarkan gangguan dalam limpa dan bahagian perut.


Kalau lidah berasa SAKIT boleh menjadi petanda kepada masalah kencing manis dan anemia
Kalau lidah BERGETAR biasa dihadapi oleh mereka yang menghidap masalah Anxiety.
Kalau lidah berasa PANAS sering dihadapi oleh sesetengan wanita yang mengalami putus haid atau sensitif ubat gigi tertentu (yang mengandungi natrium lauril sulfat -SLS).
Kalau lidah RETAK mungkin disebabkan anda dehidrasi, resah dan masalah tidur.
Kalau lidah KEBAS sering dihadapi oleh mereka yang sakit saraf seperti pesakit stroke.
Kalau lidah BERKEDUT mungkin disebabkan faktor umur (tua).


WARNA LAPISAN PERMUKAAN LIDAH (COATING) 
Sebelum itu, saya tunjukkan rupa lidah yang kelihatan sihat iaitu seperti dibawah ini. Lidah yang sihat berwarna merah dengan lapisan cerah (bersih dan nipis);


Bagaimana jika permukaan lapisan lidah berubah warna seperti putih, kuning-hijau dan kehitaman?

PUTIH membawa maksud masalah keseimbang pada kelembapan dan rembesan misalnya adanya pengumpulan lendir (mukus).

KUNING-HIJAU membawa maksud ketidakseimbangan suhu dalaman badan yang boleh mendatangkan masalah mental dan fizikal.

COKLAT-HITAM membawa maksud mengandungi toksik tinggi yang menyebabkan ketidakseimbangan sistem tubuh, gangguan pergerakan anggota badan termasuk pernafasan.

MERAH KEMERAHAN juga membawa maksud masalah kesihatan pada organ yang berkaitan.

Jika munculnya warna berkenaan pada posisi permukaan lidah yang ditunjukkan dibawah ini, mungkin besar akan membawa maksud adanya masalah pada organ berkenaan.


Bagaimana pula kalau lapisan permukaan lidah boleh dikupas?
Kebiasaannya individu berkenaan mengalami masalah di perut dan buah pinggang.

Bagaimana pula kalau lapisan permukaan lidah berparit (bukan melekuk tetapi rekahan paritan)?
Sering berlaku perparitan berjalur pada bahagian perut seperti yang ditunjukkan dalam gambar dibawah ini;

Kebiasaannya individu berkenaan mengalami masalah di perut dan buah pinggang. Kalau jaluran perparitan di lidah kering, mungkin disebabkan pesakit baru sembuh dari serangan kuman

 






Bagaimana pula kalau lapisan permukaan lidah merah licin?
Seperti gambar dibawah, biasanya adanya masalah di bahagian perut dan limpa. Makanan panas dan pedas juga boleh menjejaskan lapisan lidah. Lidah merah dan licin juga dikaitkan dengan kekurangan zat besi, vitamin A dan vitamin B12. Kekurangan Vitamin B12 biasanya berlaku dikalangan vegetarian.

Mari kita lihat contoh-contoh lain pelbagai rupa lapisan lidah yang boleh dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti dibawah;

Lapisan Putih (seperti bersusu) Yang Tebal
Pengumpulan lendir dalam tubuh mendorong beberapa fungsi fisiologi dan imun tubuh menjadi lemah. Ini boleh membawa kelemahan prestasi sistem tubuh atau mudah menerima jangkitan virus.

Hujung lidah berwarna merah disertai dengan selaput putih yang tebal pula merupakan tanda-tanda individu berkenaan mengandungi kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi.
Lapisan Kuning Yang Tebal
Petunjuk kepada suhu badan mungkin terlalu panas dan dehidrasi (hilang air dalam badan). Ini boleh bertukar menjadi keradangan atau beberapa jenis jangkitan bakteria.





Lapisan Putih Menggerutu
Menunjukkan seseorang itu dalam keletihan, gangguan alahan dan masalah imunisasi. Kalau lidah sudah kaku tidak dapat dikeluarkan dari mulut menandakan pengumpulan mukus sudah menyebabkan tahap kesederannya menurun, tidak mampu bercakap dan menelan.




WARNA LIDAH

Di atas menerangkan kondisi lapisan atas lidah. Bagaimana kalau berlaku perubahan warna lidah itu sendiri?

Lidah berwarna Putih
Jika lidah anda adalah seperti ini, badan anda mengalami masalah dalam sistem penghadaman. Tanda ini boleh disertai dengan keletihan, kembung, kesejukan, dan najis keluar dengan mudah. Mungkin juga mengalami masalah buah pinggang dan kekurangan darah. Lidah sangat pucat menunjukkan kekurangan darah. Ini memberi kesan lebih kepada wanita berbanding lelaki. Ia boleh membawa kepada kebimbangan, memori terjejas, pening, insomnia, anemia dan bibir pecah-pecah.



Lidah Merah Terang
Mungkin individu berkenaan mengalami masalah patologi. Dalam situasi tertentu boleh menyebabkan lidah kemerahan. Ini boleh menyebabkan dengan jangkitan, insomnia dan kebimbangan. Kalau kelihatan kasar berparit dan kurang selaput mungkin berlaku masalah buah pinggang atau kekurangan air. Kalau merah kelihatan menyala, mungkin berlaku gangguan emosi selalu dilihat di kalangan wanita menopaus.




Lidah Hitam
Biasanya mempunyai masalah dehidrasi (hilang air dalam badan), mengandungi tahap toksik dalam badan yang tinggi. Kehitaman mungkin disebabkan oleh kesan rokok atau minum kopi. Lidah hitam cenderung untuk menjadi kekal dan boleh rasakan berbulu ("papillae overgrown" ). Ini menyebabkan lidah menyimpan bakteria membiak dalam mulut. Walau bagaimanapun sesetengah antibiotik, ubat kumur, "pengikis" lidah  dan ubat-ubatan lain mungkin boleh membantu menghilangkan kesan kehitaman.

Jika lidah mempunyai tompok-tompokan kehitaman dan cokelat gelap terutamanya dibahagian hujung/sisi lidah, kemungkinan terdapat kanser dan ketumbuhan.


Lidah berwarna Ungu
Lidah ungu adalah berkaitan dengan penyakit tertentu. Ia menunjukkan keradangan yang sudah lama. Lidah ini juga dapat dilihat di kalangan wanita yang mempunyai masalah kitaran haid atau pada orang yang mempunyai sakit kronik.

Lidah berwarna Biru
Segerakan berjumpa doktor kerana ada tanda sianosis disebabkan oleh bekalan oksigen tidak mencukupi kepada tisu utama. Selain itu menunjukkan masalah pernafasan, disfungsi jantung, saluran darah berpenyakit dan gangguan darah.


TIP UNTUK PENJAGAAN LIDAH SIHAT
* Makan yogurt organik dengan probiotik semula jadi
* Berhenti Merokok
* Berhenti pengambilan alkohol
* Berus gigi dua kali sehari

* Mengikis lidah dengan betul
* Berkumur dengan air garam
* Berkumur mulut selepas makan




Sumber Gambar:
www.livingnaturally-kdier.com
www.haikudeck.com
www.studyblue.com
www.wisegeekhealth.com
www.giovanni-maciocia.com
www.ayurvedajourney.wordpress.com


No comments:

Post a Comment