Facebook Fan

Thursday, 7 January 2016

Kencing Manis: Perbandingan Hyperglycaemia dan Hypoglycaemia

Kencing manis merupakan satu keadaan di mana tubuh tidak mampu menghasilkan sejumlah insulin yang mencukupi untuk mengawal paras gula dalam darah (glukos). Ini menyebabkan gula berlebihan dalam darah yang dinamakan "hyperglycaemia". Pesakit kencing manis perlu mengamalkan diet pemakanan yang seimbang dan mengambil insulin. Namun jika insulin berlebihan atau paras gula terlalu rendah boleh menyebabkan "hypoglycaemia". 
 
Hypoglycaemia boleh menyebabkan fungsi otak terjejas disebabkan tahap responsif merosot mendadak.  Ini boleh menyebabkan berlakunya epilepsi atau sawan. Mangsa hypoglycaemia boleh diberikan minuman bergula untuk diserap ke dalam badan serta berehat. Namun jika kesedaran mangsa merosot, jangan diberi makanan dan minuman. Hubungi ambulan atau segera dibawa ke hospital.
 
Di bawah adalah perbandingan tanda-tanda di antara hyperglycaemia dan hypoglycaemia.

Hyperglycaemia
  • Dahaga Yang Melampau
  • Buang Air Kecil Berlebihan/Kerap
  • Nafas Berbau
  • Denyutan Nadi Cepat dan Lemah
  • Kulit panas dan kering
  • Kerap Mengantuk
* Tahap kecepatan serangan agak perlahan pada permulaan simptom.

Hypoglycaemia
  • Sangat Lapar
  • Denyutan Nadi Cepat dan Kuat 
  • Jantung berdebar dan badan menggeletar
  • Kulit sejuk, pucat dan berpeluh
  • Penglihatan menjadi kabur 
  • Sakit Kepala
  • Mudah diserang sawan
  • Mudah Keliru, Gelisah dan Agresif
  • Gangguan kesedaran
* Tahap kecepatan serangan agak cepat pada permulaan simptom dan biasanya mula merasai tanda-tanda ini apabila paras gula menurun kepada 3.0 mmol/L

No comments:

Post a Comment